Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk semangat perpaduan

600 sertai Larian Gaya Hidup Sihat TCRF dan Anti-Rasuah

- Oleh JOHAN AZIZ

LEBIH 600 orang menyertai larian Gaya Hidup Sihat sempena Program Festival Crocker Range (TCRF) dan Hari Anti-Rasuah Antarabang­sa Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) peringkat Negeri Sabah di Keningau pada Sabtu.

Pengarah Program TCRF dan Tahun Melawat Keningau 2018, Rafie Robert berkata acara larian itu adalah salah satu pengisian sempena Festival TCRF dan kempen promosi Tahun Melawat Keningau 2018.

Katanya program yang berkonsepk­an ‘Family City Run’ dengan jarak larian 4.5 kilometer melibatkan kate- gori lelaki dan perempuan terbuka, junior dan veteran.

“Selain memupuk semangat perpaduan terutama dalam kalangan peserta yang sebahagian besar terdiri daripada golongan belia pelbagai kaum dalam daerah, program ini juga merupakan kempen ke arah memupuk amalan dan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah termasuk bersenam dan larian.

“Penyertaan yang menggalakk­an ini menunjukka­n bahawa masyarakat di daerah ini inginkan kehidupan yang sihat dan juga memupuk rasa kekitaan selain menjadi aktiviti tahunan yang mendapat sambutan seluruh golongan dan ini adalah program kali ke-3 kita adakan setiap program TCRF ini berlangsun­g,” katanya.

Pada masa sama, Rafie menggesa masyarakat daerah ini supaya menyokong kempen menjayakan Tahun Melawat Keningau 2018 dengan bersama mempromosi­kan produk pelanconga­n, termasuk pertanian dan kraftangan sedia ada untuk dipamer dan dipasarkan.

Menurut beliau, Keningau mempunyai banyak destinasi pelanconga­n yang menarik sama ada sedia ada dan juga yang baru dibangunka­n untuk tujuan persediaan memenuhi permintaan pelancong dalam dan luar negara. Antaranya, Taman Gua Laing Bandukan, Taman Rekreasi Sungai Pegalan di Apin-Apin, Bukit Trusmadi, Pusat Kraftangan, Batu Sumpah, Muzium Warisan, Banjaran Crocker, Bukit Lugas dan ladang tenusu.

Pengarah Kanan Domestik dan Pengurusan Program Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Dato Ammar Ghapar, Pengarah SPRM Sabah Dato Sazali Salbi, Pegawai Daerah Yusop Osman dan Ketua Polis Daerah DSP Ahmad Jawila turut hadir pada larian itu.

Pelepasan peserta larian dilakukan oleh Ammar dan Sazali bermula di Padang Bandaran Keningau.

Sementara itu,

Tahun

Melawat Keningau 2018 dan Malam Citrawarna TCRF telah dilancarka­n oleh Timbalan Ketua Menteri dan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan pada malam Jumaat.

 ??  ?? AMMAR (empat kanan, barisan hadapan), Sazali (empat kiri), Yusop (tiga kanan), Ahmad (dua kanan) dan Rafie (dua kiri) bersama para peserta sebelum pelepasan.
AMMAR (empat kanan, barisan hadapan), Sazali (empat kiri), Yusop (tiga kanan), Ahmad (dua kanan) dan Rafie (dua kiri) bersama para peserta sebelum pelepasan.
 ??  ?? SAZALI (kanan) melepaskan para peserta larian.
SAZALI (kanan) melepaskan para peserta larian.
 ??  ?? PARA peserta larian dilepaskan oleh Ammar.
PARA peserta larian dilepaskan oleh Ammar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia