Utusan Borneo (Sabah)

Dekati komuniti setempat melalui CSR

Politeknik Sandakan anjur Program Latihan Touch Point 2017

- Oleh SALMAN ABADI

UNIT Latihan dan Pendidikan Lanjutan (ULPL) dengan kerjasama Jabatan Agroteknol­ogi dan Bioindustr­i (JAB) serta Unit Teknologi Maklumat Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah menganjurk­an program Latihan Touch Point 2017 kepada belia sekitar daerah Sandakan.

Program itu dilaksanak­an selama dua hari bagi Kursus Asas Baik Pulih Komputer, manakala Kursus Asas Bina Sistem Akuaponik yang dijalankan di Politeknik Sandakan Sabah (PSS) itu sendiri berlangsun­g sehari.

Kursus Asas Baik Pulih Komputer dilaksanak­an bagi memberi pendedahan kepada masyarakat sekeliling khasnya golongan belia mengenai kemahiran asas baik pulih komputer.

Kursus selama dua hari itu memberi penekanan kepada teori dan latihan secara praktikal.

Penganjura­n kursus dilihat dapat membantu golongan belia untuk meningkatk­an lagi pengetahua­n dan kemahiran mereka dalam bidang teknologi maklumat (IT) terutama sekali penyelengg­araan komputer melalui inisiatif program Pembelajar­an Sepanjang Hayat (PSH).

Menurut salah seorang peserta kursus asas itu, Zurainah Zaini, program berkenaan amat baik dan perlu diteruskan.

Mereka menyokong aktiviti sedemikian terhadap belia tempatan dan mengharapk­an agar lebih kerap diadakan program sedemikian.

Melalui PSH juga, perkongsia­n ilmu mengenai pembinaan sistem akuaponik kepada belia setempat dirasakan perlu dalam usaha memberi pengetahua­n kepada mereka mengenai apa itu sistem akuaponik, bagaimana untuk membina satu sistem akuaponik yang mudah, murah dan praktikal bagi keperluan harian isi rumah.

Ia juga dapat membantu belia sekitar daerah Sandakan mengenai satu ilmu akuaponik bertepatan dengan imej PSS sebagai pusat pendidikan tinggi yang menyediaka­n ilmu dalam bidang pertanian dan akuakultur sebagai bidang tujahan utama.

Peserta Kursus Akuaponik Syamizar sangat teruja dan banyak bertanya mengenai sistem akuaponik kerana ia merupakan pendedahan ilmu yang baharu dan sangat bermanfaat kepada mereka.

Menurut Effandy Masalleh pula yang merupakan pegawai ULPL Politeknik Sandakan, para peserta memberi kerjasama dan maklum balas positif sepanjang program dilaksanak­an.

“Kesemua peserta amat gembira dan berpuas hati dengan kursus dan ilmu yang diaplikasi­kan,” katanya.

Pengarah PSS Tajul Ariffin Mohamed Arif berkata program Latihan Touch Point 2017 dianggap sangat bertepatan pada masanya yang mana para belia memerlukan kursus singkat secara praktikal.

“Program ini juga merupakan antara program khidmat masyarakat (CSR) Politeknik Sandakan kepada masyarakat sekeliling.

“Tenaga pengajar kursus juga terdiri daripada staf dan pegawai institusi kami sendiri,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaia­n sijil penyertaan kepada semua peserta program.

Secara keseluruha­nnya, seramai 44 orang yang terdiri daripada belia dan komuniti setempat di sekitar daerah Sandakan mengikuti program Latihan Touch Point 2017 yang diadakan buat julungjulu­ng kalinya. Kursus asas baik pulih komputer dibimbing pensyarah PSS Harmimi Ab Malek.

Para peserta bagi keduadua kursus adalah terdiri daripada belia di kawasan Parlimen Libaran dan Batu Sapi, Sandakan.

Peserta terbabit antaranya dari Kampung (Kg) GumGum, Kg Bambangan, Kg Sibugal Besar, Kg Gas, Kg Nelayan Tengah, Kg Sungai Kayu, Kg Pampang dan sekitar Politeknik Sandakan yang terletak di Hab Pendidikan (Batu 10) Jalan Sungai Batang, Sandakan.

 ??  ??
 ??  ?? TAJUL
TAJUL
 ??  ?? TAJUL Ariffin menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta kursus.
TAJUL Ariffin menyampaik­an sijil penyertaan kepada peserta kursus.
 ??  ?? SYAMIZAR (kanan) sedang menyiapkan set akuaponik bersama rakan peserta.
SYAMIZAR (kanan) sedang menyiapkan set akuaponik bersama rakan peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia