Utusan Borneo (Sabah)

450 sertai Larian Borneo Bird

-

450 orang mengambil bahagian dalam Larian Borneo Bird edisi kedua sejauh 8 kilometer (KM) dengan pelepasan dilakukan di Rainforest Discovery Centre (RDC) Sepilok, Sandakan pada Ahad.

Acara pelepasan peserta disempurna­kan oleh Ketua Konservato­r Hutan Sabah Datuk Sam Mannan yang membabitka­n laluan dari RDC hingga ke Kampung Sepilok Laut.

Turut diadakan larian

Fancy Dress Fun sejauh 2 KM yang diadakan di sekitar kawasan RDC.

Peserta bukan sahaja dari daerah Sandakan malah dari Lahad Datu, Beluran dan Kota Kinabalu.

Kategori lelaki terbuka, tempat pertama diraih Saibee Mohammad, kedua Addy Zonius dan ketiga Azrul Bombo, manakala tempat pertama kategori wanita terbuka adalah Christina Donald, kedua On Paris dan ketiga Vidialee. Bagi kategori lelaki veteran, tempat pertama milik Alexander Lee, kedua Jirin Lumpakis dan ketiga Ibra Sirah, manakala Sahria Daraup muncul juara kategori wanita veteran, tempat kedua Thoen Sim Yee dan ketiga Wong Kim Lan. Kategori larian fency dress pula, tiga

terbaik adalah Soong Chau, Woing Siew Seng serta tiga sekeluarga Lau Wing Yuen, Tsen Chui Ting dan Keith Lau Kah Hey.

Setiap pemenang menerima wang tunai dan trofi disampaika­n oleh Pengerusi Penganjur Cede Prudente dan ahli jawatankua­sa penganjur Carol Prudente. Pengerusi KeBorneo lab Burung Sandakan Gary Albert berkata penganjura­n larian itu bukan sahaja bagi menggalakk­an aktiviti sihat dan ceria keluarga, malah membolehka­n mereka menikmati keindahan alam sekitar.

Katanya penganjura­n larian itu yang mendapat sokongan Jabatan Perhutanan Sabah dan Lembaga Pelanconga­n Sabah juga bagi melahirkan kesedaran dalam melindungi alam sekitar dan spesies hidupan liar.

 ??  ?? SAM bergambar kenangan bersama pemenang lima terbaik kategori lelaki terbuka.
SAM bergambar kenangan bersama pemenang lima terbaik kategori lelaki terbuka.
 ??  ?? SAM melepaskan peserta larian.
SAM melepaskan peserta larian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia