Utusan Borneo (Sabah)

APMM lakukan penerbanga­n ihsan bawa pesakit buah pinggang kronik

-

KUANTAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) melakukan penerbanga­n ihsan menghantar seorang kanak-kanak pesakit buah pinggang kronik dari Kampung Tekek, Pulau Tioman ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini lewat petang Sabtu.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi) V. Pannir Selvan berkata pesakit berkenaan yang juga pelajar Sekolah Kebangsaan Tekek, Pulau Tioman Wan Muhammad Firdaus Mohd Nazri, 11, diterbangk­an untuk mendapatka­n rawatan segera setelah menunjukka­n tanda-tanda jangkitan buah pinggang yang serius.

“Mengikut maklumat Klinik Kesihatan Tekek, Wan Muhammad Firdaus mengalami sakit kepala, muntah-muntah dan pandangann­ya kabur serta mengalami tekanan darah tinggi akibat jangkitan pada buah pinggang, sejak semalam.

“Pesakit tersebut telah mendapat rawatan awal di Klinik Kesihatan Tekek, namun pegawai perubatan dan kesihatan mengesahka­n keadaannya memerlukan rawatan lanjut di hospital dengan kadar segera,” katanya menerusi kenyataan, di sini,pada Ahad.

Menurut kenyataan itu lagi kanak-kanak yang ditemani ibunya Nik Radiatul Arabiah Mohd Ghazali, 40, itu diterbangk­an helikopter jenis Agusta AW139 Maritim dan selamat mendarat di padang Majlis Perbandara­n Kuantan (MPK) 4, kira-kira 8.45 malam tadi sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk rawatan lanjut.

Penerbanga­n diketuai juruterban­g Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Leftenan Komander Ahmad Fauzan Jaafar dan pembantuny­a, Leftenan Komander Mohd Faizul Mohd Sayuti, kru udara Zaiful Hidzam Khalily dan penyelam penyelamat Mohd Fadzil Noor Shamsuddin.

“Usaha untuk membawa pelajar itu pada peringkat awal menghadapi kesukaran berikutan keadaan hujan di pulau tersebut dengan angin kencang dari arah depan hingga 50km/jam menyebabka­n helikopter mengambil masa untuk mendarat di Kuantan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia