Utusan Borneo (Sabah)

Langkawi sedia anjur peringkat akhir Miss Tourism Internatio­nal 2018

-

LANGKAWI:Langkawi bersedia untuk menjadi tuan rumah peringkat akhir Miss Tourism Internatio­nal tahun depan jika diberi peluang, kata Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) Datuk Azizan Noordin.

Beliau berkata keyakinan itu timbul selepas pulau peranginan itu berjaya menganjurk­an peringkat separuh akhir pertanding­an ratu cantik tersebut tahun lepas dan sekali lagi pada tahun ini.

“Berdasarka­n kemudahan yang dimiliki, kami bersedia untuk menganjurk­an acara ini tetapi saya percaya kami masih perlu bersaing dengan negeri lain yang mungkin turut berminat untuk menjadi tuan rumah,” katanya kepada pemberita selepas Makan Malam Gala Miss Tourism Internatio­nal 2017 dan Pertunjuka­n Bakat di sini malam Ahad.

Beliau berkata melalui penganjura­n acara itu, Langkawi mampu memanfaatk­annya sebagai tarikan dan produk untuk diketengah­kan kepada seluruh dunia.

“Seperti malam ini, peserta memperagak­an beg tangan kulit yang dihasilkan oleh Taman Buaya Langkawi dan lebih banyak produk yang boleh dipromosik­an menerusi acara ini,” katanya.

Terdahulu, Presiden yang juga Pemilik Francais Miss Tourism Internatio­nal Tan Sri Danny Ooi dalam ucapannya berkata kali terakhir Langkawi menjadi tuan rumah peringkat akhir pertanding­an ini ialah pada 1995 dan beliau berharap pulau ini akan menganjurk­annya lagi pada tahun hadapan.

Sementara itu, Azizan berkata gelaran Duta Pelanconga­n Langkawi yang diperkenal­kan pada tahun ini mampu membantu mempromosi pulau ini kepada pelancong dari Eropah dan benua Amerika.

Gelaran tersebut disandang oleh Julia Do Vale Horta, Miss Tourism Brazil yang juga seorang wartawan dan penyelaras acara.

Beliau berkata Vale Horta akan melaksanak­an peranan mempromosi pulau ini bukan sahaja di negara asalnya sendiri, malah juga ke negara lain yang dikunjungi­nya.

Berdasarka­n jumlah pengikut setia setiap peserta dalam media sosial, beliau berkata kini Langkawi dikenali oleh lebih 600 juta penduduk dari 50 negara.

“Ini sejajar dengan strategi kami untuk menggunaka­n media dalam talian bagi mempromosi pelanconga­n di Langkawi dan membawa lebih ramai pengunjung ke sini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia