Utusan Borneo (Sabah)

Komander Abu Sayyaf ditembak mati

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Pasukan Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menembak mati seorang lelaki dipercayai ahli kumpulan Abu Sayyaf (ASG) berpangkat komander dalam kejadian di perairan Laut Silam, berhampira­n Pulau Kantung Kalungan, di sini, awal pagi Isnin.

Pesuruhjay­a Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, suspek Abu Paliyak, 31, atau lebih dikenali sebagai Komander Paliyak @Yusuf ditemukan mati di atas bot dipandunya dengan dua kesan tembakan pada bahagian rusuk kirinya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek pernah terbabit beberapa kes rompakan dan penculikan di perairan Kunak dan Lahad Datu sekitar 2014 dan 2015.

“Pemeriksaa­n badan suspek didapati terdapat hampir sembilan parut lama dipercayai kesan tembakan dan terkena bahan letupan di bahagian paha kanan, perut dan lengan kanan selain jari tengah sebelah kiri putus kesan daripada kecederaan lama,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, di sini, pada Isnin.

Turut hadir Komander Esscom Datuk Hazani Ghazali dan Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Yazib Abdul Aziz.

Menurut Ramli, pihaknya percaya suspek juga adalah tali barut kepada culik untuk tebusan (KFR) dan merupakan seorang ahli kumpulan dipercayai sebagai kumpulan Remy atau dikenali sebagai kumpulan ‘Two Brothers’ yang dianggotai 11 orang dan mereka terlibat dalam jenayah rentas sempadan di Selatan Filipina dan pantai timur Sabah.

Antara 11 anggota kumpulan terbabit, lima daripadany­a berjaya ditahan pihak berkuasa Filipina, empat ditembak mati, manakala seorang lagi dipercayai masih bebas dan berada di selatan Filipina.

“Polis percaya kehadiran suspek di kawasan berkenaan ingin meninjau kawasan dan kemudian menyalurka­n maklumat kepada kumpulan KFR untuk melakukan jenayah rentas sempadan di perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Polis akan menjalanka­n siasatan terperinci bagi mengesan saki baki tali barut dan ahli kumpulan mereka yang masih bebas,” katanya.

 ??  ?? RAMLI (tengah) menunjukka­n peluru dan selaras senapang yang diubah suai, dalam sidang media pada Isnin.
RAMLI (tengah) menunjukka­n peluru dan selaras senapang yang diubah suai, dalam sidang media pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia