Utusan Borneo (Sabah)

30 balai bomba baharu mula beroperasi tahun depan

-

PUTRAJAYA: Sebanyak 30 balai bomba baharu akan beroperasi bermula tahun depan, kata Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.

Beliau berkata susulan pembukaanb­alaibombab­aharu tersebut, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan menambah sekitar 960 anggota baharu.

“Bagi tujuan penambahan anggota baharu, kita sudah memohon kepada Jabatan Perkhidmat­an Awam berikutan 30 balai bomba baharu akan beroperasi ,” katanya pada sidang media Perhimpuna­n Bulanan KPKT di bangunan kementeria­n pada Isnin.

Dalam majlis yang sama JBPM telah memeterai Memorandum Persefaham­an (MoU) dengan SWCorp bertujuan meningkatk­an kerjasama dalam bidang berkaitan, memberikan maklumat berkenaan permasalah­an di lapangan melibatkan keselamata­n dan kebersihan, melaksanak­an tanggungja­wab sosial, penerapan amalan kebersihan dan budaya gunasemula, penguranga­n dan kitar semula (3R).

MoU kedua pula berkaitan perjanjian penswastaa­n antara KPKT dan Yayasan Melaka bagi melaksanak­an projek tukar guna tanah jabatan bomba di Cheng, Melaka.

Noh berkata tahun 2017 benar-benar menguji kekentalan mental dan fizikal jabatan itu khususnya kebakaran beberapa sekolah Tahfiz dan kejadian tanah runtuh dan banjir di negeri utara semenanjun­g.

“Kesemua perkara ini mewujudkan keperluan kementeria­n memberi keutamaan kepada bomba dalam memastikan mereka sentiasa bersiap siaga dengan peralatan canggih selaras dengan kehendak situasi semasa untuk masa akan datang,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia