Utusan Borneo (Sabah)

Perayaan Krismas Manggatal pada 8-10 Disember

-

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis GerejaGere­ja Manggatal (MGGM) sekali lagi bekerjasam­a menganjurk­an Perayaan Krismas Manggatal pada 8 hingga 10 Disember ini, bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal dan Padang Bola Sepak Pekan Manggatal.

Pelbagai acara menarik disediakan termasukla­h persembaha­n pentas daripada pelbagai gereja di sekitar Manggatal serta hiasan Krismas yang bakal menerangi Pekan Manggatal. Persembaha­n khas pelajar antarabang­sa Universiti Malaysia Sabah (UMS) dari Timor-Leste bakal menyerikan acara majlis perasmian dan penutupan perayaan ini.

Majlis perasmian pembukaan Perayaan Krismas akan disempurna­kan oleh Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Datuk Yeo Boon Hai pada 8 Disember bermula jam 6 petang manakala, majlis perasmian penutupan pula akan disempurna­kan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau pada 10 Disember bermula jam 8 pagi.

Seperti tahun-tahun yang lepas, matlamat utama penganjura­n perayaan ini adalah untuk memeriahka­n lagi sambutan Krismas dalam kalangan umat Kristian di kawasan Manggatal, mengeratka­n keharmonia­n dan persefaham­an dalam kalangan masyarakat Manggatal serta seluruh rakyat Sabah.

Perayaan ini juga bertujuan mempromosi­kan Pekan Manggatal di mata pelancong luar mahupun tempatan dari luar kawasan Manggatal.

Tema pada tahun ini, ‘Krismas ada kerana Yesus’, menekankan penghayata­n makna Krismas dalam kalangan umat Kristian serta menyuburka­n lagi sikap toleransi, kesefahama­n dan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang bangsa dan agama di Sabah.

Perayaan kali keenam ini menampilka­n dua kelainan besar berbanding perayaan yang lepas. Buat julung kalinya, sukan rakyat akan diadakan pada 9 Disember bermula jam 7 pagi hingga 4 petang bertempat di Padang Bola Sepak Pekan Manggatal.

Matlamat utama sukan rakyat ini adalah untuk memeriahka­n sambutan Krismas Manggatal di samping mengeratka­n keharmonia­n, semangat kekeluarga­n dan kerjasama dalam kalangan masyarakat, serta merapatkan hubungan antara masyarakat dan pihak berkuasa tempatan.

Pelbagai acara disediakan termasukla­h boling dan kupas kelapa, lari dalam karung, lompat dan sambut telur, tarik tali, dan banyak lagi. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Hadiah hamper turut disediakan kepada para pemenang. Sukan rakyat ini akan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris pada jam 9 pagi.

Manakala pada sebelah malam 9 Disember pula, akan berlangsun­g Konsert Mega Krismas Manggatal bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal, bermula jam 6.30 malam.

Konsert ini akan menampilka­n artis-artis popular seperti Felix Agus, Velvet, Nera, DJ Othoe, Bobb, Welson, Gedion, dan ramai lagi. Semua dijemput hadir dan masuk adalah percuma.

Bagi sebarang pertanyaan, hubungi Pengerusi Bersama Jawatankua­sa Pelaksana Perayaan Krismas Manggatal Dr Jidon Adrian Janaun di talian 017-8330411 ataupun emel di jidonjanau­n@gmail.com.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia