Utusan Borneo (Sabah)

Pecah masuk rumah hakim, bapa tiga anak dipenjara lima tahun

-

KUALA LUMPUR: Seorang bapa tiga anak dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana memecah masuk rumah Hakim Mahkamah Persekutua­n Datuk Balia Yusof Wahi, dan mencuri barang bernilai RM11,300.

Hakim Shamsudin Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ahmad Norfais Ishak, 22, selepas lelaki itu yang bekerja sebagai kelindan lori mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan memerintah­kannya dipenjara bermula dari tarikh tangkap pada 23 Okt lepas.

Ahmad Norfais didakwa telah melakukan pecah rumah melalui tingkap tandas dalam bilik dan mencuri barangbara­ng antaranya tiga buah kamera jenama Nikon, Go Pro dan komputer riba milik Datuk Balia Yusof, 65, yang semuanya bernilai RM11,300 di rumah mangsa di Jalan Kent 4, di sini, pada 6.10 pagi, 22 Okt lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan boleh juga dikenakan denda dan jika kesalahan yang dimaksudka­n hendak dilakukan itu ialah kesalahan mencuri maka tempoh pemenjaraa­n itu boleh dilanjutka­n sehingga 14 tahun.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam, Ernie Ahmad merayu supaya dikenakan hukuman penjara paling minimum dengan alasan dia telah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan sama.

“Ketika kejadian itu, anak guam saya terdesak kerana sedang berdepan dengan masalah kewangan. Dia kini menyedari bahawa mencuri bukan jalan penyelesai­an terbaik,” kata peguam itu.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz memohon hukuman setimpal kerana itu adalah kesalahan serius agar menjadi pengajaran kepada orang awam supaya tidak melakukan kesalahan sama.

Selepas mahkamah menjatuhka­n hukuman itu, isteri tertuduh yang berada di galeri awam kelihatan menangis. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia