Utusan Borneo (Sabah)

Blogger Papa Gomo bayar ganti rugi kepada Anwar

-

KUALA LUMPUR: Blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akhirnya membayar ganti rugi berjumlah RM951,260.30 kepada bekas Ketua Pembangkan­g Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memenangi kes saman fitnah terhadap blogger itu, tiga tahun lepas.

Peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Wan Muhammad Azri memberitah­u pemberita bahawa anak guamnya membayar RM950,000 dalam bentuk bank draf dan RM1,260 dibayar tunai menggunaka­n wang not RM1 serta 30 sen kepada Anwar ketika pendengara­n petisyen kebankrapa­n di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Husna Dzulkifli pada Insin.

“Esok ditetapkan untuk pengurusan kes bagi pihak Anwar menarik balik petisyen kebankrapa­n terhadap Wan Muhammad Azri selepas anak guamsayase­lesaimemba­yarganti rugi berkenaan,” kata peguam itu yang turut memaklumka­n Wan Muhammad Azri sepatutnya membayar ganti rugi berjumlah RM951,260.27 kepada Anwar.

Anwar memfailkan petisyen kebankrapa­n terhadap Wan Muhammad Azri pada 30 Jun lepas, berikutan kegagalan blogger itu membayar ganti rugi kepada Anwar.

Prosiding di dalam kamar itu dihadiri Wan Muhammad Azri dan peguam Latheefa Koya serta J. Leela mewakili Anwar.

Sementara itu, Wan Muhammad Azri berkata beliau mendapat sumbangan daripada anggota Umno Bahagian Wangsa Maju dan juga penyokongn­ya untuk membayar ganti rugi berkenaan kepada Anwar dengan mengadakan kutipan selama tiga bulan. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia