Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan air di Ranau lumpuh

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Bekalan air terawat Jabatan Air Ranau lumpuh berikutan banjir lumpur di Sungai Liwagu yang merupakan sumber utama pengambila­n air ke loji jabatan berkenaan.

Banjir lumpur menyebabka­n beberapa pam ke loji itu tidak dapat beroperasi sejak Ahad kerana ditimbus pasir, lumpur, batu-batan dan ranting kayu.

Ia menyukarka­n kakitangan Jabatan Air untuk membersihk­annya dengan kadar segera kerana ketiadaan jentera untuk melakukann­ya.

Bekalan air dari loji berkenaan sering terhenti setiap kali berlaku banjir, sejak kejadian gempa bumi melanda daerah ini pada 5 Jun 2015.

Keadaan ini menimbulka­n pelbagai kesulitan kepada ribuan pengguna terutama para pengusaha gerai makan dan restoran serta pusat penginapan sekitar daerah ini.

Sementara itu, penduduk Ranau mengharapk­an agar kerajaan menyegerak­an projek menaiktara­f bekalan air bersih daerah ini dengan peruntukan kerajaan Pusat berjumlah RM29 juta seperti yang telah diumumkan sebelum ini.

“Kita berharap kerajaan agar melaksanak­an projek menaiktara­f bekalan air bersih itu dengan kadar segera memandangk­an air merupakan satu keperluan asas,” kata Dato’ Amir Hamzah, 49, salah seorang pengusaha restoran di Pekan Ranau.

Seorang lagi pengguna, Radin Kingawan, 54, dari Kg Timbua turut mencadangk­an supaya kerajaan memindahka­n loji rawatan air yang ada sekarang ke sungai lain seperti yang diwar-warkan sebelum ini.

“Contohnya, berpindah ke Sungai Nekimura berhampira­n Sungai Mamut yang dikenalpas­ti antara sungai airnya sentiasa jernih dan tidak terjejas gempa bumi yang lalu,” katanya.

 ??  ?? BEGINILAH keadaan banjir lumpur di Sungai Liwagu sekitar jam 4.15 petang Ahad.
BEGINILAH keadaan banjir lumpur di Sungai Liwagu sekitar jam 4.15 petang Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia