Utusan Borneo (Sabah)

Mansur pengarah Muzium Sabah baharu

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Mantan Timbalan Pengarah Jabatan Arkib Mansur Asun melaporkan diri di Pejabat Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar sebagai pengarah Jabatan Muzium yang baharu pada pagi Isnin.

Ketika ditemui pemberita, Mansur berkata, beliau berhasrat untuk menjadikan Muzium Sabah sebagai jabatan yang terunggul di rantau Borneo.

Katanya, beberapa perkara sudah pun beliau utarakan kepada kementeria­n bagi memajukan serta membangunk­an muzium sebagai destinasi pelanconga­n di negara ini.

“Kita juga akan memperbaik­i pengurusan terutama dari segi pentadbira­n dan kewangan Muzium Sabah.

“Perubahan ini akan kita laksanakan secara berperingk­at dan saya sudah menyediaka­n draf pelan strategik muzium bermula tahun depan hingga 2022,” katanya ketika ditemui pada Pameran 300 Siri II di Balai Seni Lukis, di sini pada Isnin.

Mansur yang berkhidmat selama 22 tahun di Jabatan Arkib Sabah juga akan melaksanak­an pembaharua­n dengan mentransfo­rmasi Muzium Sabah dari aspek pengurusan elektronik seiring dengan arus teknologi masa kini.

Katanya, langkah itu penting bagi menjadikan muzium sebagai jabatan yang mempunyai kecanggiha­n dalam bidang elektronik.

Terdahulu,Mansurmeng­gantikan Sintiong Gelet yang meninggal dunia ketika berada di Pulau Sumba, Selatan Sulawesi, Indonesia akibat komplikasi jantung.

 ??  ?? MANSUR
MANSUR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia