Utusan Borneo (Sabah)

100 rumah dibaik pulih

Proses pemilihan yang layak bukan kerja mudah

- Oleh JOHAN AZIZ

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, ia bukan satu perkara mudah untuk memilih 100 rumah yang layak untuk diperbaiki di Parlimen Keningau.

Katanya, ia melibatkan pelbagai pihak dan penilai tertentu serta perlu mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

“Syarat utama pemilihan adalah penerima harus mendaftar dalam sistem eKasih dan dalam kategori

miskin atau miskin tegar,” katanya semasa berucap melancarka­n Program Gotong Royong Baikpulih Rumah Rakyat kawasan Parlimen Keningau di Pisompurua­n Square, di sini pada Isnin.

Menurutnya, rumah yang ingin dibaiki mestilah atas tanah sendiri atau mendapat kelulusan daripada pihak yang berwajib.

Beliau yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur berkata, dengan peruntukan yang ditetapkan sebanyak RM10,000, maka pihak penilai perlu membuat pemantauan berulang kali bagi memastikan rumah yang dipilih adalah ekonomik untuk dibaiki.

“Perlu juga diingatkan bahawa program ini bukan melibatkan pengubahsu­aian yang menyeluruh, terdapat skop tertentu seperti mengecat, membaiki lantai, bumbung, jambatan laluan atau pendawaian elektrik bagi memberi lebih keselesaan kepada penghuni rumah.

“Saya difahamkan 100 rumah terpilih itu ada yang telah siap dan ada juga masih dalam proses penyiapan yang dijadualka­n akan siap sebelum penghujung bulan ini, dan kita berharap kerja baikpulih ini dapat disiapkan sebelum perayaan Krismas,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Adun Tambunan turut mengucapka­n terima kasih kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Sabah, Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Sabah selaku peneraju program, Pegawai Daerah Keningau dan Tambunan serta Pejabat Pembanguna­n Masyarakat yang telah berjaya mengadakan program gotong royong baikpulih rumah bagi Parlimen Keningau.

Pada masa sama, beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman kerana telah meluluskan peruntukan untuk mengadakan program itu kepada 100 rumah yang layak di Parlimen Keningau.

“Program ini merupakan fasa yang kedua selepas fasa pertama yang hanya melibatkan sepuluh rumah sahaja.

“Saya difahamkan peruntukan setiap rumah yang terpilih adalah maksima RM10,000 dan konsepnya adalahseca­rabergoton­groyong yang melibatkan penduduk setempat, JKKK, agensi kerajaan dan kepimpinan setempat. Saya melihat konsep ini sangat baik kerana amalan gotong royong untuk memupuk perpaduan menjadi agenda utama,” katanya.

Pairin berharap dengan pelancaran program itu akan meningkatk­an lagi semangat masyarakat terutama rakyat yang berada di luar bandar untuk terus memupuk semangat perpaduan, saling bergotong royong dan tolong menolong.

Beliau juga meminta rakyat agar sentiasa berterima kasih kepada kepimpinan negara kerana sering menyediaka­n perkhidmat­an yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat sejajar dengan tema Bajet 2018, ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi dan Ukhrawi, Demi Mensejahte­rakan Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50’.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaik­an bantuan pembaikan rumah kepada seramai 100 penerima yang layak, masing-masing 40 dari Tambunan, 30 dari Bingkor dan 30 lagi dari Liawan.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Jasa Sabah Datuk Haji Abdul Manap Lakariba, Setiausaha Politik Kementeria­n Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Daniel Kinsik, Pegawai Daerah Thomas Logijin, Pegawai Penyelaras Keningau, Pejabat Pembanguna­n Persekutua­n Sabah Walter Saliun, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Tambunan Silverius Bruno, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil dan Ketua Daerah OKK Philip Kitingan.

Syarat utama pemilihan adalah penerima harus mendaftar dalam sistem e-Kasih dan dalam kategori miskin atau miskin tegar.

TAN SRI JOSEPH PAIRIN KITINGAN Timbalan Ketua Menteri

 ??  ?? SEBAHAGIAN penerima yang layak mendapat bantuan bersama Pairin dan pegawai kerajaan lain selepas program itu.
SEBAHAGIAN penerima yang layak mendapat bantuan bersama Pairin dan pegawai kerajaan lain selepas program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia