Utusan Borneo (Sabah)

Penyalahgu­naan dadah semakin menular di pedalaman

Ibu bapa diingatkan pantau anak-anak agar tidak terjerumus dengan penyalahgu­naan dadah

-

LONG BANGA, Baram: Ibu bapa di luar bandar diingatkan sentiasa memantau anak masing-masing agar tidak mudah terjerumus dengan kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata beliau khuatir terhadap gejala penyalahgu­naan dadah yang kini semakin menular di kawasan pedalaman.

“Ibu bapa yang mengesyaki jika anak-anak ada terjebak dengan dadah, sila laporkan segera kepada pihak berkuasa seperti polis agar mereka dapat dirawat awal di pusat pemulihan.

“Jika masalah dadah tidak dipantau awal, ia akan memberi kesan besar bukan sahaja kepada penagih itu sendiri malah kepada seluruh komuniti,” katanya pada perasmian Pesta Saban di Kampung Long Banga, Baram di sini.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak itu berkata, Pesta Saban dapat dijadikan sebagai landasan mempromosi dan memperkena­lkan masyarakat dan kebudayaan Saban kepada orang luar.

Menurutnya, terdapat pelbagai tempat pelanconga­n menarik di kawasan Long Banga dan daerah Ketapang yang mempunyai alam semula jadi berpotensi menjadi tarikan ekopelanco­ngan dan pengembara­an.

“Pesta ini juga adalah peluang bagi intelek dan pemimpin kaum Saban memikir dan merancang masa depan dan sosioekono­mi di sini.

“Selain itu, ia dapat memupuk semangat perpaduan dan kemasyarak­atan kaum Saban khasnya, antara generasi muda lahir dan tinggal di bandar,” katanya.

Gerawat turut mengumumka­n peruntukan kira-kira RM1 juta tahun depan bagi menaik taraf jalan bersimen dari Lapangan Terbang Long Banga ke balai raya dan gereja sepanjang 1.3 kilometer.

Sebagai tanda sokongan beliau terhadap pesta tersebut, sejumlah RM15,000 melalui projek kecil luar bandar (MRP) disediakan untuk penganjura­n Pesta Saban 2018.

Selain itu, Gerawat juga menyampaik­an hasrat masyarakat tempatan agar penerbanga­n MASwings ke Long Banga dapat ditambah daripada dua kali seminggu kepada tiga kali seminggu.

Beliau berharap masyarakat Saban dan pemimpin-pemimpin masyarakat bersemanga­t terus menganjur dan mengembang­kan Pesta Saban seperti Pesta Nukenen Bario yang pertama kali dianjurkan 14 tahun lalu dan berjaya menarik perhatian menteri kerajaan negeri dan persekutua­n.

“Ibu bapa yang mengesyaki jika anak-anak ada terjebak dengan dadah, sila laporkan segera kepada pihak berkuasa seperti polis agar mereka dapat dirawat awal pemulihan.” di pusat DATUK GERAWAT GALA Adun Mulu

 ??  ?? GERAWAT bersalaman dengan penduduk tempatan ketika hadir pada Pesta Saban di Long Banga, Baram.
GERAWAT bersalaman dengan penduduk tempatan ketika hadir pada Pesta Saban di Long Banga, Baram.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia