Utusan Borneo (Sabah)

Dua maut dalam dua kemalangan berasingan

-

KUCHING: Dua lelaki maut dalam dua kemalangan berasingan di Batu 8, Jalan Kuching-Serian dan Batu 14, Jalan Puncak Borneo, pada Ahad.

Insiden malang itu disahkan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak DSP Bingkok John ketika dihubungi pada Ahad.

Kejadian pertama pada jam 11.20 malam membabitka­n dua sekawan yang menaiki motosikal dipercayai dalam perjalanan menuju ke Serian, hilang kawalan sebelum terbabas.

Susulan itu, kedua-dua mangsa tercampak lebih 20 meter dari lokasi kejadian.

Akibat kemalangan itu, mangsa dikenali Randy Maxclien Busang, 27, mati di tempat kejadian manakala rakannya, George Stevenson Belaka, 23, cedera sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Mangsa difahamkan baharu sahaja menamatkan pengajian dan bekerja sambilan sebagai jurukimpal.

“Sepatutnya dia (Randy) sedang menunggu tawaran untuk bekerja di offshore pada tahun depan,” kata sumber.

Sementara itu, dalam insiden berasingan, seorang pejalan kaki maut dalam kejadian langgar lari berhampira­n tanah perkuburan Cina di Batu 14, dekat Jalan Puncak Borneo.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi itu, mangsa Anthony Bateh Gu, 27, dilaporkan maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di bahagian kepala.

Menurut Bingkok, mangsa dipercayai cuba melintas jalan dari kawasan Penjara Puncak Borneo ke arah tanah perkuburan Cina yang berada di seberang jalan sebelum dilanggar dipercayai oleh sebuah kereta dari arah Batu 10.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia