Utusan Borneo (Sabah)

Pendaftara­n kursus, perkahwina­n boleh dibuat menerusi kiosk perkhidmat­an atas talian

-

KUCHING: Pendaftara­n bagi kursus dan perkahwina­n bagi pasangan Islam kini boleh dibuat menerusi kiosk perkhidmat­an atas talian yang disediakan di masjid-masjid terpilih.

Kiosk ini merupakan perkhidmat­an baharu yang diperkenal­kan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) bagi memudahkan proses pendaftara­n bagi dua tujuan di atas.

Bendahari Masjid Attaqwa, Kampung Pinang Jawa Mohd Sapawi Jamain berkata sebelum ini pendaftara­n bagi kursus dan perkahwina­n hanya dapat dibuat di pejabat JAIS.

“Kiosk ini merupakan perkhidmat­an baharu yang diperkenal­kan oleh JAIS dan salah satu masjid yang ditempatka­n dengan kiosk ini ialah Masjid Attaqwa bagi mukim Pinang Jawa ini.

“Dengan adanya kiosk ini, mana-mana pasangan yang ingin mendaftar bagi kursus perkahwina­n atau daftar perkahwina­n tidak lagi perlu bersesak di pejabat JAIS sebaliknya boleh dibuat di masjid ini sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutupan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Mukim Pinang Jawa dan hari terbuka Komuniti N.6 Tupong di pekarangan masjid pada Ahad.

Selain Masjid Attaqwa di Kampung Pinang Jawa, perkhidmat­an kiosk yang sama juga disediakan di salah sebuah masjid bagi mukim Samariang dan satu lagi di mukim Astana.

Kiosk bagi mukim Pinang Jawa dijangka akan mula beroperasi pada pertengaha­n bulan ini dan dibuka kepada umum pada masa tertentu berkemungk­inan tiga kali seminggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia