Utusan Borneo (Sabah)

Sesi ‘jamming’ IWC Miri, Famous Bistro mendapat sambutan menggalakk­an

-

MIRI: Sesi jamming anjuran Inner Wheel Club Miri (IWC Miri) dengan kerjasama Famous Bistro petang Sabtu lalu mendapat sambutan menggalakk­an daripada masyarakat di sini.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin yang hadir bagi merasmikan acara itu mengumumka­n sumbangan RM5,000 sebagai permulaan bagi aktiviti mengumpul dana itu.

Aktiviti ‘jamming’ diadakan di Famous Bistro, Miri Waterfront bertujuan mengumpul dana untuk Pertubuhan Kanser Kanakkanak Sarawak (SCCS) Miri.

Dana dikumpulka­n disalurkan kepada pertubuhan terbabit bagi membeli mesin pencetak untuk kegunaan urusan rasmi seperti membuat salinan atau mencetak dokumen.

Lee dalam ucapan ringkasnya menghargai usaha Famous Bistro menyediaka­n ruang bagi menyokong aktiviti kebajikan tersebut.

“Inilah semangat sebenar rakyat Sarawak yang saling menyokong dan membantu antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang.

“Semangat ini harus kita kekalkan agar perpaduan dan suasana harmoni juga terus kukuh,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin itu turut mengingatk­an rakyat bekerjasam­a dengan kerajaan untuk mencapai pembanguna­n berterusan.

“Kerajaan sentiasa mahukan yang terbaik dan memberi manfaat untuk rakyat. Sebagai contoh kita boleh lihat klinik kerajaan hanya mengenakan caj RM1 kepada pesakit dan tidak ada perkhidmat­an itu di negara lain,” katanya.

Lee berkata, kerajaan turut bersedia mendengar masalah rakyat dan mengalu-alukan masyarakat mempunyai idea kreatif atau baik bagi pembanguna­n kerajaan untuk dikongsika­n bersama.

“Bersama-sama kita tampil memberi idea-idea kreatif dan bernas yang boleh dilaksanak­an untuk kepentinga­n serta manfaat rakyat,” jelasnya.

Sementara itu, sesi ‘jamming’ bermula jam 4 petang hingga 2 pagi itu menampilka­n sembilan kumpulan dan penyanyi iaitu Maricel & Lai, Elvis, Roots, Tadadums, Fried Ice, IOUB, SayHello, Redneck dan Keluhing serta acara dimeriahka­n dengan pengacara majlis Charles Zico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia