Utusan Borneo (Sabah)

Guardiola kesal dengan ketiadaan Pogba di Old Trafford

United layan kunjungan City tanpa pemain tengah Perancis itu, terima kad merah pada aksi menentang Arsenal

-

MANCHESTER: Pep Guardiola berkata dia harap Manchester City dapat berdepan dengan Paul Pogba apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) itu cuba menulis semula buku sejarah dalam perlawanan tetangga mereka yang begitu bermakna menentang Manchester United (MU).

Guardiola menyaksika­n pasukannya menyamai satu rekod EPL apabila mereka memenangi perlawanan ke13 berturut-turut kelmarin menerusi voley lewat David Silva untuk mencatatka­n kemenangan 2-1 bagi City ke atas West Ham kelmarin.

Mereka dapat memecah rekod itu – yang dicipta oleh Arsenal pada musim 2001-02 dan ditandingi Chelsea pada musim lepas – dan memberi tamparan besar kepada musuh tetangga mereka dalam perebutan kejuaraan apabila mereka melawat Old Trafford pada hujung minggu ini.

Pogba meniup api tetangga dalam satu wawancara pada hujung minggu lepas apabila dia menyatakan dia harap City mengalami kecederaan pada musim ini, tetapi dia sendiri tidak dapat bermain dalam perlawanan pada Ahad ini apabila dia dibuang dari padang kerana memijak Hector Bellerin dalam kemenangan 3-1 MU di Arsenal pada Sabtu lepas.

“Dia kata begitu?” kata Guardiola apabila ditanya mengenai komen Pogba.

“Saya harap kita tidak ada kecederaan dan saya harap Paul dapat bermain untuk menentang kami. Saya suka menentang pasukan bersama pemain terbaik mereka untuk mengetahui siapa yang kami dapat tewaskan.

“Pada akhirnya, saya rasa ia hanya satu ungkapan. Saya agak pasti dia tidak mahu pemain kami mengalami keced- eraan.”

City kini sudah mengutip sembilan mata liga pada musim ini dengan menjaringk­an gol dalam masa lapan minit terakhir perlawanan, satu tanda bukan sahaja bagi kecekalan mereka tetapi juga bagaimana pasukan bermain secara bertahan apabila menentang mereka.

“Saya lebih suka menang (perlawanan) lebih awal tetapiLiga Perdana adalah Liga Perdana,” kata Guardiola.

“Mereka

(West Ham) tidak mahu bermain, mereka meletakkan 10 pemain di dalam kotak penalti, mereka mengambil 20 saat kepada pen- jaga gol dan itu sudah berlaku dalam beberapa perlawanan terakhir. “Hari ini saya belajar untuk menyerang dengan cara yang agak berlainan sedikit, itu adalah berita baik bagi saya untuk masa de- pan.

“Kami biasanya tidak bermain dengan dua penyerang dan dua pemain sayap tetapi itulah apa yang kami buat, jadi ia adalah satu pelajaran. Kami dapat bermain dengan cara sama.”

Empat perlawanan terakhir City semua berakhir dengan kemenangan lewat dramatik, yang mengundang perbanding­an dengan pasukan MU yang berjaya pada masa silam dan tabiat mereka menjaringk­an gol dalam apa yang dipanggil ‘masa Fergie’ – dinamakan sempena pengurus MU ketika itu Alex Ferguson.

“Saya ada dengar tentang masa Fergie,” kata Guardiola. “Saya tidak ada di sini pada waktu itu tetapi sudah tentulah kita perlu mempunyai perkara itu.

“Pada akhirnya, apa yang kami tunjukkan dalam beberapa perlawanan terakhir ialah kami tidak pernah putus asa. Saya rasa apa yang berlaku, pasukan lawan enggan bermain.

“Mereka hanya mahu bertahan sahaja, menunggu waktu. Saya faham. Jangan salah memahami saya. Saya tidak menilai tetapi ia adalah sukar.

“Saya harap pada masa depan, pasukan lawan boleh cuba bermain dan mungkin ia akan lebih mudah. Walaupun dalam situasi itu, kita perlu belajar untuk menyerang posisi itu.

“Itulah sebabnya kenapa saya gembira kerana kami dapat melakukann­ya pada separuh masa kedua. Jika kami dapat mengambil sesuatu tentang masa Fergie, ia dialu-alukan, sesuatu menyeronok­kan.”

West Ham berada di depan sejurus sebelum waktu rehat menerusi pemain pertahanan Angelo Ogbonna, sebelum Nicolas Otamendi menyamakan kedudukan pada awal babak kedua dan Silva menjamin kemenangan ke-20 berturut-turut bagi City dalam semua pertanding­an.

“Saya benar-benar mahu bola sepak kami bersifat menyerang tetapi kami menentang sebuah pasukan yang sukar sekali bagi kami untuk mendapatka­n bola, jadi apakah yang kita akan buat?” kata pengurus West Ham, David Moyes, yang masih menunggu kemenangan pertamanya selaku pengendali.

“Namun saya rasa kami tidak akan menghadapi masalah. Saya rasa kami mempunyai pasukan yang baik, pemain baik dan prestasi pada hari ini memberi harapan kepada kami bahawa ia boleh dilakukan.” — AFP

Saya harap kita tidak ada kecederaan dan saya harap Paul dapat bermain untuk menentang kami. Saya suka menentang pasukan bersama pemain terbaik mereka untuk mengetahui siapa yang kami dapat tewaskan.

Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ?? — Gambar AFP ?? POGBA (dua kiri) dilayangka­n kad merah selepas mengasari Bellerin (tengah) pada aksi liga di Stadium Emirates, London pada Ahad lepas.
— Gambar AFP POGBA (dua kiri) dilayangka­n kad merah selepas mengasari Bellerin (tengah) pada aksi liga di Stadium Emirates, London pada Ahad lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia