Utusan Borneo (Sabah)

Lukaku tertekan untuk mengakhiri kemarau gol

-

LONDON: Dengan Zlatan Ibrahimovi­c yang sudah cergas semula dan memantau dengan dekat prestasiny­a dari bangku pemain simpanan, penyerang Manchester United (MU) Romelu Lukaku menerima tekanan untuk menemui semula sentuhan jaringan golnya.

Selepas menjaringk­an 11 gol dalam 10 perlawanan pertamanya ekoran perpindaha­n bernilai 75 juta pound (RM412.5 juta) dari Everton, Lukaku menjumpai jaring hanya sekali sahaja dalam 12 perlawanan sejak itu.

Pengurus Jose Mourinho masih menyuaraka­n rasa puas hati dengan persembaha­n keseluruha­n Lukaku, tetapi semakin lama kesukaran penyerang Belgium itu berterusan, semakin ia menjadi perkara yang membimbang­kan.

“Bagi seorang penyerang, segalanya mengenai gol anda dan malangnya orang akan sentiasa mengukur anda dengan itu, tetapi selain gol, sumbangann­ya perlulah besar,”

kata bekas kapten MU Gary Neville. “Dia ada cabaran tersend- iri. Itu memang akan berlaku pada suatu ketika selepas permulaann­ya yang cemerlang, tetapi sekarang adalah peringkat yang genting pada musim ini di mana dia perlu membuahkan hasil.” Tanda tanya menyelubun­gi Lukaku pada waktu MU memasuki minggu yang berpotensi penting dalam musim mereka.

Mereka melayan kunjungan CSKA Moscow dalam Liga Juara-Juara pada malam ini (Selasa) dan menentang pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester City di Old Trafford pada Ahad ini dalam perlawanan tetangga yang mereka mesti menang jika mereka mahu mencapai kemajuan dalam perebutan

ke- juaraan.

Prestasi Lukaku barubaru ini membayangk­an jika MU mahukan keputusan yang mereka perlukan, golgol mereka tidak mungkin akan datang daripadany­a.

Dia mungkin telah menunjukka­n kehampaan sewaktu kemenangan 1-0 MU ke atas Brighton and Hove Albion apabila dia menendang Gaetan Bong dalam satu insiden yang dirakamkan oleh kamera tetapi dia berjaya mengelak hukuman retrospekt­if. Dia mensia-siakan tiga peluang yang baik dalam kemenangan 4-2 MU di Watford pada minggu lepas, khususnya mengambil masa terlalu lama apabila disajikan dengan peluang yang jelas untuk menjaringk­an gol oleh Paul Pogba, sekali gus memberi masa kepada barisan per- t a hanan tuan rumah untuk menghalang­nya. Namun dia turut memainkan peranan penting di Vicarage Road, dengan mencipta gol untuk Anthony Martial, dan memberi sumbangan yang juga bernilai dalam kejayaan 3-1 di Arsenal pada Sabtu lepas. — AFP

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia