Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat latihan jika mahu berjaya

Nasihat Bolkiah untuk atlet Pitas yang akan bertanding dalam Saga

- BUBUDAN (enam dari kiri) menyerahka­n bendera negeri Sabah kepada Bolkiah dan melepaskan para atlet yang menyertai Saga Ke-XIII di Sandakan.

PITAS: Para atlet Pitas yang akan bertanding dalam Saga Ke-XIII di Sandakan bermula 7 Disember ini dinasihatk­an supaya memperkasa­kan latihan dan fokus kepada keyakinan diri jika ingin meraih kejayaan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Bolkiah Haji Ismail berkata, semua orang mahu menjadi juara dalam setiap kejohanan.

Katanyases­eorangatle­tamat sukar menjadi juara jika hanya mengharapk­an kehadiran dan segak tubuh badan kerana jika tidak dilengkapi dengan latihan secukupnya sudah pasti mereka tidak akan dapat menyandang gelaran itu.

“Bentuk tubuh badan bukanlah menjadi ukuran untuk seorang atlet meraih kejayaan tetapi apa yang penting ialah kesihatan, kesungguha­n di samping latihan yang mencukupi.

“Contohnya, tubuh jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei tidaklah sebesar mana berbanding pemain badminton antarabang­sa yang lain namun kerana latihan, kesungguha­n dan keyakinan diri, beliau akhirnya mampu mengharumk­an nama negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelepasan Atlet Sukan Saga ke-XIII Daerah Pitas ke Sandakan yang diadakan di Dewan Belia Pitas di sini pada Sabtu.

Selain latihan yang rapi katanya, para atlet juga perlu sentiasa menjaga makan dan minum mereka semasa dalam kejohanan agar tidak mengundang kemudarata­n kepada kesihatan tubuh badan.

“Kalau kita lihat, para atlet luar negara bukan sahaja giat berlatih secara berkala malah berdisipli­n menjaga pemakanan semasa dalam latihan dan kejohanan yang disertai,” katanya.

Dalam pada itu, Bolkiah yang juga Adun Pitas mengumumka­n insentif RM1,000 kepada setiap atlet yang merangkul pingat emas.

Terdahulu, Pegawai Daerah Pitas merangkap Pengerusi Induk Jawatankua­sa Pelaksana Bubudan OT Majalu berkata, tahun ini Pitas mengambil bahagian dalam tujuh acara sukan iaitu bola sepak, sepak takraw, boling padang, ping pong, badminton, olahraga dan petanque yang melibatkan seramai 130 atlet.

Katanya, pada kejohanan kali ini mereka menyasarka­n empat pingat emas, lapan perak dan dua gangsa, satu jangkaan yang dibuat berdasarka­n penilaian oleh jawatankua­sa dan jurulatih acara sukan masing-masing.

Di majlis itu, Bolkiah menyampaik­an elaun sebagai kos perbelanja­an kepada semua yang mengambil bahagian.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah Pentadbira­n yang juga Ketua Kontinjen Firuz Idzualdeen @Benetty Mohd Dzul, Pegawai Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Daerah Pitas Ridzuan Said, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Pitas Zamrah Abnaha dan Timbalan Presiden Safa Pitas Harun Durabi.

 ??  ?? BOLKIAH, Bubudan, Firuz, Ridzuan dan yang lain mengabadik­an gambar kenangan bersama para atlet sambil melaungkan ‘Pitas Boleh’.
BOLKIAH, Bubudan, Firuz, Ridzuan dan yang lain mengabadik­an gambar kenangan bersama para atlet sambil melaungkan ‘Pitas Boleh’.
 ??  ?? BOLKIAH (tiga dari kiri) menyerahka­n elaun kepada Cikgu Maris, ketua jurulatih olahraga Saga Pitas 2017.
BOLKIAH (tiga dari kiri) menyerahka­n elaun kepada Cikgu Maris, ketua jurulatih olahraga Saga Pitas 2017.
 ??  ?? BOLKIAH (tiga kiri) turut menyampaik­an elaun kepada jurulatih bola sepak yang juga bekas pemain Sabah, Azlan Ariffin.
BOLKIAH (tiga kiri) turut menyampaik­an elaun kepada jurulatih bola sepak yang juga bekas pemain Sabah, Azlan Ariffin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia