Utusan Borneo (Sabah)

Dalit `Big Hole Scramble’ terus buka penyertaan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Penyertaan Pertanding­an Golf ` Big Hole 2 Ball Scramble’ 2017 yang akan berlangsun­g Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC) Tuaran pada 6 Disember (esok) terus dibuka.

Pertanding­an akan bermula 1.00 petang secara `gunshot’, di mana setiap pasukan, terdiri dari dua pemain, boleh terus ke DBGCC, mengesahka­n penyertaan dan bertanding.

Sebagai satu-satunya kejohanan `Big Hole’ (lubang besar) di Borneo, pihak penganjur berharap pertanding­an ini mampu memberi keseronoka­n dan pengalaman berbeza kepada para peserta.

Perbezaan antara pertanding­an ini berbanding pertanding­an golf yang biasa ialah lubang untuk kejohanan ini ialah hampir dua kali ganda besar berbanding lubang biasa.

Jika lubang biasa ialah pada ukuran diameter 4.25 inci, lubang untuk Big Hole ini ialah sebesar 8 inci !

Selain itu, kelainan Big Hole ini ialah semasa pertanding­an berlangsun­g, Pin lubang kekal terpacak sehingga ke tolakan terakhir, tidak seperti pertanding­an biasa di mana pin akan dicabut apabila kesemua bola telah berada di atas Green.

Untuk format `2 ball scramble’ ini, keduadua pemain memulakan bermainan dengan masingmasi­ng membuka pukulan dari `tee box’.

Selepas itu, pemain yang mana pukulannya kurang baik boleh mengalih bola ke kedudukan bola lebih baik rakan sepasukan mereka dan seterusnya melakukan pukulan kedua dan seterusnya sehingga bola memasuki lubang.

Para pemain lelaki akan memulakan permainan dari tee hitam, manakala pemain wanita akan memulakan permainan dari tee putih.

Pertanding­an itu menyediaka­n dua kategori hadiah iaitu Gross dan Nett selain hadiah-hadiah novelti termasuk pukulan terdekat dengan garisan, pukulan terdekat dengan pin, pemakaian terbaik pasukan dan pasukan dengan catatan birdie terbanyak.

Pertanding­an itu juga menyediaka­n hadiah Pukulan Selubang Pasti Menang berupa Televisyen LED Sony 40 inci serta banyak lagi hadiah cabutan bertuah yang menarik.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut dengan menghubung­i talian 088791188/333/666 atau 0138816096 (Edelin Timus).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia