Utusan Borneo (Sabah)

Semua pihak disaran beri sokongan padu

-

MATUNGGONG:Ibubapa, warga pendidik, kakitangan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) disaran agar memberi sokongan padu kepada penubuhan dan pengendali­an sukan bola sepak Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) di sini.

Pengerusi dan Pengarah Urusan Yayasan Verdon Bahanda Dato’ Verdon Bahanda berkata, rakyat harus berbangga dengan penubuhanS­afaMatungg­ong yang merupakan langkah terbaik bagi memajukan arena sukan bola sepak di Daerah Kecil Matunggong.

Katanya, program klinik asas bola sepak yang dianjurkan oleh Safa Matunggong bertujuan mencungkil bakat baharu bagi mereka yang berusia tujuh sehingga 19 tahun sebagai barisan pelapis.

“Saya amat bersetuju Yayasan Verdon Bahanda menjadi penaja sepenuhnya program pembanguna­n sukan bola sepak di daerah kecil ini dan sebagai permulaan, penajaan merangkumi semua aktiviti pembanguna­n bola sepak selama satu tahun bermula 1 Januari 2018.

“Justeru, kepada para peserta saya menasihatk­an agar sentiasa memberi komitmen dan disiplin yang tinggi semasa latihan demi masa depan anda sendiri,” katanya pada Klinik Asas Bola Sepak Matunggong di Padang Daerah Kecil Matunggong pada Sabtu.

Menurut Verdon, peluang seumpama itu tidak selalu hadir terutama sekali bagi kanak-kanak di kawasan luar bandar.

Beliau yakin prestasi kanak-kanak di kawasan luar bandar mempunyai potensi yang lebih baik dalam bidang sukan sekiranya mereka lebih terdedah kepada aktiviti yang lasak setiap hari berbanding kanak-kanak di kawasan bandar.

Terdahulu, Pengerusi Penaja Safa Daerah Kecil Matunggong Jeflie Tagusin berkata, ahli jawatankua­sa sebulat suara melantik Verdon sebagai penaung kepada Safa Daerah Kecil Matunggong yang berkuatkua­sa serta-merta.

Seramai 71 kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah menyertai program julungkali diadakan itu.

Hadir sama ialah wakil Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong Jeffrin Monolingsi­g.

 ??  ?? VERDON mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian para peserta di Dewan Terbuka Daerah Kecil Matunggong.
VERDON mengabadik­an gambar kenangan bersama sebahagian para peserta di Dewan Terbuka Daerah Kecil Matunggong.
 ??  ?? VERDON menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.
VERDON menyampaik­an sijil penyertaan kepada salah seorang peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia