Utusan Borneo (Sabah)

Tawau kuasai lima tempat utama Kategori Novis/ Expert Festival Sukan Permotoran Pemuda Kalabakan Drift Challenge 2017

- Oleh AMIR ANUAR menerima hadiah utama daripada Nazifuddin. Oleh DESMOND QWEK

TAWAU: Festival Sukan Permotoran Pemuda Kalabakan Drift Challenge 2017 menyaksika­n lima pemain drift Tawau menguasai lima daripada lapan kedudukan utama Kategori Novis dan Expert.

Yeoh Yee Fhung (Tawau) muncul juara Kategori Novis, diikuti Pang Tsun Bin (Tawau), tempat ketiga oleh Wong Tai Khee (Kota Kinabalu) dan keempat Ho Nyet Vun (Tawau).

Pemain drift asal Kuala Lumpur, Mohd Azuan Abidin pula memecahkan dominasi Tawau dalam Kategori Expert untuk muncul sebagai pemenang mutlak dalam acara terbabit.

Dua wakil Tawau, Chang Foo Kiun dan Teh Jin Soon terpaksa berpuas-hati di tempat kedua dan keempat, manakala tempat ketiga disandang Mohd Riduan Awang (Keningau).

Bagaimanap­un, pemain drift asal Tambunan, Benedict Paul masih menguasai kategori Novis mengikut kiraan mata menerusi empat siri Sabah Drift Series yang sudah diadakan.

Dalam kategori Expert keseluruha­n untuk empat siri pula, pemain drift Kota Kinabalu iaitu Mah Lao yang tidak mengambil bahagian kali ini masih kekal sebagai

AZUAN

pendahulu.

Acara penyampaia­n hadiah kepada para pemenang Kalabakan Drift Challenge 2017 di Lapangan Terbang Tawau - Lama, Jalan Utara, Tawau, berlangsun­g pada petang Ahad.

Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Mohd Nazifuddin Mohd Najib menyifatka­n penguasaan pemain-pemain drift asal Sabah pada kejohanan itu sebagai membanggak­an.

“Walaupun ada satu kategori yang dijuarai oleh pemain drift asal Kuala Lumpur, namun kedudukan selebihnya kita nampak dikuasai oleh pemandu drift asal Sabah,” katanya.

Nazifuddin berkata program itu wajar diteruskan lagi kerana menerima sokongan yang cukup baik daripada pelbagai pihak malah orang ramai tetap hadir walaupun hujan.

Hasrat penganjur untuk meneruskan program itu sebagai acara tahunan di Tawau juga menerima reaksi positif beliau yang turut percaya program itu akan terus berkembang.

“Kita percaya dengan kekuatan Pemuda Umno Kalabakan yang akan meneruskan program ini menjadi lebih besar dan bertambah baik pada masa akan datang.

“Lebih-lebih lagi dengan adanya minat yang kuat dari pemain drift Sabah, banyak penaja yang mahu tampil, selain sokongan Wakil Rakyat dan Pemuda Umno sendiri,” katanya.

Untuk rekod, kejohanan yang turut dimasukkan dalam senarai Sabah Drift Series ini disertai lebih 40 pemain drift dan yang keempat diadakan, selepas Tawau - 2016, Beaufort dan Papar. KOTA KINABALU: Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) mengekalka­n tiga pemain import termasuk dua dari Korea Selatan, Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong untuk menghadapi kempen Liga Malaysia musim hadapan.

Timbalan Presiden 2 Safa, Datuk Lawrence Gimbang berkata, turut dikekalkan ialah pemain pertahanan dari Croatia; Igor Cerina yang dilaporkan telah pulih dari kecederaan selepas berehat panjang hampir semusim.

“Kita (Safa) tidak menyambung kontrak Francis Kasonde dan Rodoljub Paunovic.

“Oleh itu, pintu mencari pengganti mereka kini terbuka, di mana beberapa pemain dari luar negara dijangka akan datang ke Sabah untuk mencuba nasib mereka dalam masa terdekat ini,” jelas beliau semasa sidang media di pejabat Safa dekat sini pada Isnin.

Dalam pada itu, skuad senior Sabah kini dalam persediaan kombinasi untuk menghadapi dua perlawanan persahabat­an dengan pasukan dari Indonesia iaitu PPLM Bina Sentra di Kota Kinabalu pada 9 dan 13 Disember.

“Selain itu, pasukan PPLM Bina Sentra juga akan menguji skuad Piala Presiden Sabah pada 11 Disember,” tambah Lawrance.

 ??  ?? ANTARA yang terlibat di dalam Festival Sukan Permotoran Pemuda - Kalabakan Drift Challenge 2017. PEGAWAI Kementeria­n Belia dan Sukan Bahagian Tawau Jamil Jilap menyampaik­an hadiah utama kepada Yeoh Yee Fhung. PARA pengunjung turut tidak melepaskan...
ANTARA yang terlibat di dalam Festival Sukan Permotoran Pemuda - Kalabakan Drift Challenge 2017. PEGAWAI Kementeria­n Belia dan Sukan Bahagian Tawau Jamil Jilap menyampaik­an hadiah utama kepada Yeoh Yee Fhung. PARA pengunjung turut tidak melepaskan...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? JAGUH drift profesiona­l Jepun, Atsushi Taniguchi menerima hadiah daripada penganjur sebagai menghargai peranannny­a selaku juri pertanding­an.
JAGUH drift profesiona­l Jepun, Atsushi Taniguchi menerima hadiah daripada penganjur sebagai menghargai peranannny­a selaku juri pertanding­an.
 ??  ?? YEOH Yee Fhung unggul menguasai Kategori Novis.
YEOH Yee Fhung unggul menguasai Kategori Novis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia