Utusan Borneo (Sabah)

Tumpuan terhadap pemberi rasuah

TPM mahu tindakan tegas sebagaiman­a penerima rasuah

-

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemberi rasuah diberi tumpuan yang sewajarnya dari aspek siasatan dan pendakwaan seperti mana penerima rasuah, dalam usaha membasmi jenayah itu.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata pada masa ini pihak yang berkenaan seolah-olah “terlepas pandang” terhadap pemberi rasuah apabila tidak ramai pelaku kesalahan itu didakwa dan dihukum.

Katanya adalah tidak adil jika tindakan siasatan, dakwaan dan hukuman hanya dikenakan kepada penerima rasuah, khususnya dalam situasi pemberi yang membuat aduan terhadap penerima berikutan rasa tidak puas hati dengan pulangan yang diharapkan.

“Kita harus lihat keseimbang­an di antara pemberi dan penerima. Kita juga sering melihat penerima rasuah dikaitkan dengan pegawai-pegawai sektor awam atau pihak kerajaan (apabila) mereka didakwa selepas siasatan dilakukan serta dihukum,” katanya ketika merasmikan Sidang Kemuncak Pemerkasaa­n Milenia (MES) 2017, di sini pada Isnin.

- Gambar BERNAMA

Sidang kemuncak yang bertemakan golongan milenia tempatan, ‘Negara Menentang luar negara dan kepimpinan Rasuah demi Pembanguna­n, negara selain membincang­kan Keamanan dan Keselamata­n’ isu kontempora­ri dalam proses merupakan platform bagi Majlis pembinaan Malaysia. Presiden Biro Pelajar Luar Sidang kemuncak sehari itu Negara bersidang dan membangunk­an diadakan bersempena Perhimpuna­n rangkaian di antara Agung Umno 2017 yang bermula hari ini sehingga Sabtu.

Beliau berkata kerajaan mendukung cadangan supaya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melihat keterlibat­an sektor swasta, badan korporat serta individu terutamany­a usahawan yang cuba menawarkan rasuah untuk memperlici­n urus niaga atau mempermuda­h perolehan kerja-kerja yang ditawarkan oleh jabatan agensi dan kementeria­n.

Ahmad Zahid juga mahu pihak berkuasa melakukan pendakwaaa­n dan mengambil tindakan terhadap sesuatu kes berdasarka­n hasil siasatan termasuk melalui maklumat risikan dan bukannya bergantung pada laporan pengadu semata-mata.

“Jangan hanya mendengar ‘hearsay’ (khabar angin) atau setiap pemberitaa­n dalam media atau media dalam talian serta lontaran-lontaran tuduhan menyebabka­n tindakan dilakukan,” katanya.

Ahmad Zahid turut menggesa badan-badan korporat dan swasta supaya melakukan Ikrar Bebas Rasuah seperti yang telah dilaksanak­an oleh kementeria­n, agensi dan jabatan kerajaan untuk bersamasam­a menghapusk­an jenayah itu. - Bernama

“Kita harus lihat keseimbang­an di antara pemberi dan penerima. Kita juga sering melihat penerima rasuah dikaitkan dengan pegawai-pegawai sektor awam atau pihak kerajaan (apabila) mereka didakwa selepas siasatan dihukum.” dilakukan serta DATUK SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI Timbalan Perdana Menteri

 ??  ?? AHMAD Zahid (tengah) bergambar bersama Kelab Umno Luar Negara selepas merasmikan Millenials Empowermen­t Summit 2017 di Sebuah Hotel di Ibu negara pada Isnin.
AHMAD Zahid (tengah) bergambar bersama Kelab Umno Luar Negara selepas merasmikan Millenials Empowermen­t Summit 2017 di Sebuah Hotel di Ibu negara pada Isnin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia