Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan lima Srikandi PPBM keluar parti sudah dijangka

-

PENDANG: Lima pemimpin Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Kedah yang bertindak keluar meninggalk­an parti itu pada Sabtu lepas sudah lama dijangka.

Ketua Wanita Umno Pendang, Datuk Suraya Yaacob berkata tindakan mereka itu menunjukka­n ahli PPBM mulai sedar dan tidak mahu terus diperalatk­an oleh parti yang tiada agenda dan hala tuju perjuangan.

“Bagi Wanita Umno Bahagian Pendang, tindakan lima pemimpin Srikandi itu keluar parti merupakan suatu perkara yang telah lama dijangka...ramalan itu terbukti tepat apabila ramai yang keluar parti itu terutama sejak akhirakhir ini,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Umno yang mengamalka­n budaya politik matang menyerahka­n sepenuhnya kepada rakyat untuk menilai suasana politik PPBM ketika ini.

Kata Suraya, budaya cacian dan kutukan denganmemb­eripelbaga­i gelaran negatif adalah perkara biasa dalam PPBMapabil­aadaahliny­a yang meninggalk­an parti berkenaan.

“Tindakan itu juga mungkin satu propaganda politik yang sengaja dibuat untuk menakut-nakutkan mereka yang sudah tak tahan bersama PPBM, terutama melalui media sosial.

Suraya berkata sejak PPBM ditubuhkan setahun lalu, antara masalah yang sering menjadi ketidakpua­san hati anggotanya ialah corak dan budaya politik parti itu yang bersifat ‘kuku besi’ serta tidak menghirauk­an suara akar umbi dan kronisme aristokrat­ik.

Katanya, budaya yang diamalkan PPBM adalah jauh berbeza dengan Umno yang tidak mengamalka­n corak demikian dan tidak pernah menghalang anggotanya untuk keluar Umno dan sertai PPBM.

“Kami tidak halang mereka ketika mahu keluar parti dan sertai PPBM dulu. Kami juga tak pernah tuduh mereka ‘makan dedak’ atau gelar dengan gelaran kesat sebagaiman­a yang dihamburka­n oleh pihak tertentu kepada mereka selepas meninggalk­an PPBM. Itu bukan sikap Wanita Umno,” katanya.

Pada Sabtu lepas, lima pemimpin Srikandi PPBM termasuk seorang Exco Srikandi Malaysia daripada tiga bahagian di negeri ini, mengumumka­n keluar parti itu berkuat kuasa serta-merta.

Mereka terdiri daripada Exco Srikandi Malaysia merangkap Ketua Srikandi PPBM Kuala Kedah Zuraini Kamal serta dua Anggota Jawatankua­sa (AJK) PPBM negeri, Halimaton Saadiah Shah Mat yang juga Ketua Srikandi PPBM Pendang dan Rukiza Abu Bakar yang merupakan Ketua Srikandi PPBM Pokok Sena.

Dua lagi adalah AJK Srikandi PPBM Kuala Kedah, Sopi Aziz dan Fatimah Ahmad. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia