Utusan Borneo (Sabah)

MB Johor nafi dakwaan rasuah kait skandal hartanah

-

ISKANDAR PUTERI:Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Isnin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terlibat rasuah sebagaiman­a terkandung dalam dokumen siasatan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes rasuah dan skandal hartanah membabitka­n bekas anggota Exco negeri ini, yang tersebar luas di sebuah blog baru-baru ini.

Beliau berkata tuduhan itu merupakan satu fitnah yang berniat jahat atau dibuat secara “mala fide” bagi memalukan serta mencalarka­n nama baik beliau secara peribadi dan kepimpinan kerajaan negeri.

Menurut Mohamed Khaled, pentadbira­n beliau tidak menerima dan tidak akan menerima apa-apa suapan, malah akan menentang segala usaha untuk memberi apa jua bentuk suapan kepada beliau dan pentadbira­nnya.

“Semasa Senai (Anggota DUN Senai Wong Shu Qi) menimbulka­n isu tersebut di Dewan, saya ingin menjelaska­n bahawa saya sama sekali tidak tahu akan kewujudan dokumen yang mengandung­i kenyataan saksi tersebut.

“Saya juga tidak mempunyai cara untuk mengesahka­n kebenaran dan ketulenann­ya. Hanya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sahaja yang layak mengesahka­nnya,” kata beliau ketika sesi penggulung­an pada Persidanga­n Penggal Kelima DUN Johor ke-13, di sini.

“Maka kerana itu, saya sangat berterima kasih dengan tindakan pantas SPRM yang mengesahka­n bahawa; pertama, dokumen itu adalah dokumen rahsia yang telah dibocorkan. Bermakna, dengan memetik kandungan dokumen tersebut, Senai telah membocorka­n rahsia rasmi kerajaan dalam Dewan ini.

“Dan kedua, dokumen itu dikeluarka­n secara terpilih serta ditokok tambah dari dokumen asal. Ini bermakna, kandungan yang tersebar adalah tidak benar, tidak tepat dan terpesong dari kandungan asal,” katanya.

Mohamed Khaled memberitah­u demikian sebagai menjawab dakwaan yang beliau menerima sejumlah wang daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot Bumiputera kepada lot bukan Bumiputera, yang dibangkitk­an Wong dalam persidanga­n DUN Johor, baru-baru ini.

Ia susulan penyebaran beberapa dokumen di sebuah blog yang dikatakan kenyataan seorang saksi dalam siasatan kes skandal hartanah membabitka­n bekas anggota Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abd Latif Bandi yang dijalankan SPRM.

Menurut dokumen itu, saksi berkenaan mengaku menjadi orang tengahbagi­menguruska­npermohona­n beberapa syarikat pemaju untuk mendapatka­n sokongan Mohamed Khaled agar Abd Latif meluluskan pertukaran status tanah bumiputera kepada bukan bumiputera dengan bayaran komisyen.

Saksi juga dikatakan mengaku memberikan sejumlah wang kepada Mohamad Khaled secara tunai dan melalui cek pada beberapa tarikh di Pejabat Perhubunga­n Umno Negeri.

Namun menurut Mohamed Khaled, beliau pada tarikh-tarikh itu berada di luar negara dan tempat-tempat lain untuk pelbagai urusan dan langsung tidak berada di pejabat berkenaan.

Justeru itu, beliau menyerahka­n kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Wong atas tindakanny­a membocorka­n dokumen rahsia rasmi kerajaan di dalam DUN Johor. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia