Utusan Borneo (Sabah)

Tambah saintis tempatan: Masidi

Untuk sertai ekspedisi saintifik di negara ini

- Oleh YAP SIONG HAN meninjau dapatan kajian yang dipamerkan pada seminar itu. menyempurn­akan gimik perasmian seminar itu sambil diperhatik­an oleh Yap (dua kiri) serta tetamu kehormat lain.

KOTA KINABALU: Penglibata­n saintis tempatan dalamekspe­disisainti­fikperlu ditambah memandangk­an pembanguna­n alam sekitar negara ini sangat bergantung kepada kepakaran mereka.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kekurangan saintis tempatan sering kedengaran memandangk­an ramai antara peserta ekspedisi saintifik berasal dari luar negara.

“Saya tidak mengatakan saintis luar negara ini tidak baik, tetapi adalah lebih bagus sekiranya kita mampu menambah lebih banyak saintis tempatan untuk tujuan ini.

“Kita memerlukan lebih banyak saintis tempatan bagi melakukan kerja menyelidik di sini khususnya dalam kawasan Kanyon Imbak,” katanya ketika merasmikan Seminar Ekspedisi Saintifik Batu Timbang dan Pelancaran Pelan Pengurusan Strategik 2014-2023, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, Sabah kaya dengan khazanah alam semulajadi dan penyelidik­an perlu dilakukan untuk mendapatka­n hasil kajian khususnya daripada saintis tempatan.

“Kita memerlukan lebih banyak saintis tempatan bagi melakukan kerja menyelidik di sini khususnya ” dalam kawasan Kanyon Imbak. DATUK SERI PANGLIMA MASIDI MANJUN

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar

Masidi berharap seminar itu mampu membuka mata semua pihak bagi meneruskan usaha penyelidik­an di Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA).

“Yayasan Sabah membuat keputusan yang sangat baik sehinggala­h kawasan hutan simpan kita adalah yang terbesar di negara ini.

“Walaupun keputusan ini tidak disukai oleh pihak tertentu, tetapi keputusan itu membolehka­n sektor pelanconga­n mendapat keuntungan sehingga RM7.2 bilion pada tahun lalu,” katanya.

Katanya, usaha pemelihara­an dan pemulihara­an sangat penting kepada negeri ini demi masa depan generasi muda.

“Saya juga berterima kasih kepada Petronas kerana sehingga kini telah menyumbang­kan sejumlah RM83 juta kepada projek konservasi ini.

“Sebagai menteri saya sangat berbangga disebabkan pencapaian kerajaan negeri dalam usaha memelihara dan memulihara hutan simpan di Sabah,” katanya.

Masidi berharap kerjasama antara semua pihak dalam ICCA akan diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Hadir sama ialah Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Kumpulan Yayasan Sabah Dr Yap Sau Wai.

 ??  ?? MASIDI
MASIDI
 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia