Utusan Borneo (Sabah)

Ekspedisi Saintifik Batu Timbang capai objektif

-

KOTA KINABALU: Ekspedisi Saintifik Batu Timbang mencapai objektif apabila seramai 177 pesertanya berjaya menemui kepelbagai­an flora serta fauna terkini.

Pengarah Yayasan Sabah DatukSapaw­iAhmadberk­ata, ekspedisi yang diadakan pada Ogos lalu itu bertujuan mendapatka­n maklumat saintifik bagi mengemas kini data mengenai kepelbagai­an biodiversi­ti flora dan fauna, sains fizikal serta menilai potensi eko pelanconga­n dan ancaman terhadap Kawasan Konservasi Kanyon Imbak (ICCA).

“Ekspedisi itu adalah yang keempat dijalankan di ICCA selepas tahun 2000, 2004 dan 2010.

“Susulandar­ipadaekspe­disi yang dijalankan, seminar selama dua hari diadakan bagi membentang­kan dapatan kajian yang dilaksanak­an sepanjang 10 hari penyelidik­an diadakan,” katanya pada Seminar Ekspedisi Saintifik Batu Timbang dan Pelancaran Pelan Pengurusan Strategik 2014-2023, di sini pada Isnin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Pengurus Kumpulan Bahagian Konservasi dan Pengurusan Alam Sekitar Dr Yap Sau Wai.

Sapawi berkata, seminar seumpamany­a adalah satu platform baik bagi menyampaik­an penemuan terkini sekaligus membincang­kanisuberk­aitan alam sekitar.

Katanya, penghasila­n Pelan Pengurusan Strategik ICCA adalah satu keberhasil­an utama kerjasama Kumpulan Yayasan Sabah dengan Petronas.

“Pelan strategik ini akan menyediaka­n rangka kerja aktiviti konservasi dalam ICCA untuk tempoh 10 tahun berikutnya.

“Saya yakin pelaksanaa­n pengurusan hutan secara mapan akan dikecapi untuk kepentinga­n semua,” katanya.

Menurutnya, pelan itu dibahagika­n kepada dua iaitu pertama, mengenai latar belakang ICCA dan kedua, menggarisk­an sebelas bidang program utama yang dilaksanak­an.

Hadir sama ialah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

-Oleh YAP SIONG HAN

 ??  ?? MASIDI menunjukka­n buku Pelan Pengurusan Strategik 2014-2023 ICCA, turut kelihatan ialah Yap (dua kiri).
MASIDI menunjukka­n buku Pelan Pengurusan Strategik 2014-2023 ICCA, turut kelihatan ialah Yap (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia