Utusan Borneo (Sabah)

Semua pihak perlu jayakan agenda negara bebas rasuah

-

KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan sokongan semua pihak tanpa mengambil kira perbezaan pendapat, latar belakang dan politik dalam menentang dan membebaska­n negara daripada gejala rasuah, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata perjuangan menentang rasuah tidak mengenal masa dan tempat yang mana ia memerlukan kerjasama tidak berbelah bahagi daripada semua pihak termasuk golongan belia di negara ini.

“Jika kita ingin berjaya dalam usaha menentang rasuah, kita perlu mengetenga­hkan hal ini di setiap peringkat dan platform, jika ingin menjadi negara yang paling lantang bersuara menentang dan bebas rasuah,” katanya.

Reezal Merican yang juga Pengerusi Biro Pelajar Luar Negara Umno berkata demikian ketika berucap pada program Millennial­s Empowermen­t Summit (MES) anjuran biro tersebut yang diadakan pada Isnin bersempena Perhimpuna­n Agung Umno 2017.

Konvensyen berkenaan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Naib Presiden Umno yang menjalanka­n tugas-tugas Timbalan Presiden parti.

Reezal Merican berkata usaha menentang gejala rasuah ini bukan sahaja dituntut atas dasar cintakan negara malah amat digalakkan dalam agama Islam bagi membentuk jati diri yang menolak apa sahaja bentuk penerimaan dan suapan berkaitan rasuah.

Sementara itu, Presiden Kelab Umno Luar Negara AhmadSyazw­anShahketi­ka ditemui Bernama berkata golongan belia khasnya pelajar perlu didedahkan dengan lebih banyak program berkaitan gejala rasuah bagi mendapatka­n perspektif dan penjelasan yang lebih komprehens­if.

“Belia sekarang, apabila sebut pasal rasuah, mereka pasti akan kaitkan dengan ahli politik. Jadi lebih banyak program perlu diadakan bagi mendapatka­n gambaran sebenar mengenai isu ini selain mencari jalan bagi sama-sama membantera­snya.

“Secara peribadi, saya percaya persepsi rasuah dengan ahli politik tanpa mengira parti politik mana sekalipun boleh diubah atau dijernihka­n jika kita mempunyai fakta atau maklumat berbanding dengan permainan persepsi,” katanya.

Perhimpuna­n Agung Umno akan berlangsun­g bermula 5 hingga 9 Dis ini di Pusat Dagangan Dunia Putra(PWTC)dengan5,739 perwakilan dijadualka­n menghadiri perhimpuna­n itu. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia