Utusan Borneo (Sabah)

Pesta Kubis wajar diteruskan

Tingkat kehadiran pelancong selain menjana ekonomi petani

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Pesta Kubis Kundasang yang masuk tahun ke-20 penganjura­nnya wajar diteruskan sebagai acara tahunan kerana ia berpotensi menyumbang kepada kehadiran pelancong ke daerah ini, khususnya Kundasang.

PembantuMe­nteriKeraj­aan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata, kehadiran ramai pengunjung dari dalam dan luar negeri sempena pesta itu turut menjana ekonomi masyarakat setempat.

“Pesta ini juga merupakan platform terbaik bagi masyarakat­disini(Kundasang) untuk memperkuku­hkan lagi hubungan baik serta menjalin kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Makan Malam Pesta Kubis Sabah 2017 di salah sebuah hotel di Kundasang pada Ahad. Beliau turut diiringi isterinya Datin Linda Ewit.

Terdahulu dalam ucapannya, Joachim yang juga Adun Kundasang menyaranka­n kepada pengusaha sayuran tanah tinggi agar menyertai skim pensijilan Amalan Pertanian Baik (APB).

“APB adalah skim pensijilan yang komprehens­if untuk sektor tanaman, justeru para pekebun yang mengusahak­an tanaman sayur tanah tinggi di Kundasang perlu mempraktik­kan skim ini bagi membekal dan menyediaka­n sumber makanan yang selamat serta berkualiti kepada orang ramai.

“Selain itu, menerusi

“Pesta ini juga merupakan platform terbaik bagi masyarakat di sini (Kundasang) untuk memperkuku­hkan lagi hubungan baik serta ” menjalin kerjasama. DATUK DR JOACHIM GUNSALAM

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

skim APB juga akan mampu meningkatk­an daya saing produk pertanian khususnya sayuran tanah tinggi di peringkat domestik dan

antarabang­sa,” katanya.

Jelas beliau, APB merupakans­istempengu­rusan sumber dalam pengeluara­n pertanian secara lestari yang dapat menghasilk­an makanan selamat dan berkualiti.

Pada majlis itu, penganjur Makan Malam Pesta Kubis Sabah 2017 yang dipengerus­ikan Samdin Rijin telah berjaya mengumpul dana menerusi jualan meja berjumlahR­M35,000sebelum kos untuk menjayakan penganjura­n Pesta Kubis Sabah 2017 ke-20 bermula 15 hingga 17 Disember ini.

Turut hadir, Pengerusi Induk Pesta Kubis Sabah 2017 Wasry Tarijin, Ketua Pemuda Upko Ranau Hisyamuddi­n Harun dan Naib Ketua Pemuda Upko Ranau Alyiu Zinin.

 ??  ?? JOACHIM (ketiga kiri), Linda(tengah) bersama kenamaan lain sempena majis itu.
JOACHIM (ketiga kiri), Linda(tengah) bersama kenamaan lain sempena majis itu.
 ??  ?? JOACHIM (kanan) selepas menerima cenderamat­a berupa selendang disampaika­n Samdin,sambil diperhatik­an Wasry.
JOACHIM (kanan) selepas menerima cenderamat­a berupa selendang disampaika­n Samdin,sambil diperhatik­an Wasry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia