Utusan Borneo (Sabah)

Wanita Indonesia ditahan terlibat kes mencuri

-

KEPALA BATAS: Seorang wanita warga Indonesia ditahan kerana disyaki terlibat dalam kejadian mencuri di lebih 30 rumah dengan menyamar mencari rumah sewa atau mengurut di sekitar Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Nor berkata wanita berusia 43 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah itu ditahan di rumah sewanya pada tengah hari Sabtu lepas.

“Semasa sedang mengurut dia akan memberitah­u mahu ke dapur untuk mengambil air sebelum mencuri barangbara­ng berharga milik mangsa seperti telefon bimbit, duit, beg tangan dan barangbara­ng kemas,” katanya pada sidang akhbar di sini Isnin.

Beliau berkata berikutan penahanan wanita yang bekerja sambilan di kedai makan itu, polis merampas pelbagai barang dipercayai hasil curi antaranya telefon bimbit, barangan kemas, surat pajak gadai dan beg tangan.

Dalam perkembang­an lain Noorzainy berkata polis menahan empat lelaki berusia 30 hingga 40 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan mengedar dadah, mencuri lembu, pecah rumah dan samun dalam serbuan di Karangan, Kulim di Kedah Jumaat lepas.

Polis merampas sebuah kereta jenis Honda Odyssey yang diubah suai untuk membawa lembu.

“Kumpulan itu memang dikehendak­i polis dan mereka bukan sahaja terlibat kes jenayah di Seberang Perai Utara malah di beberapa daerah lain di Pulau Pinang dan Kedah. Mereka yang mempunyai rekod jenayah itu direman lima hari bagi membantu siasatan,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia