Utusan Borneo (Sabah)

Melaka tunggu kelulusan 56 JKKK lengkapkan struktur pentadbira­n kerajaan negeri

-

MELAKA:KerajaanMe­laka sedang menunggu kelulusan 56 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) melibatkan 313 anggota pada tahun depan, bagi melengkapk­an struktur pentadbira­n kerajaan khususnya daripada aspek politik dan sosial di peringkat kawasan secara lebih mampan.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata sehingga tahun ini, Melaka mempunyai 239 JKKK dianggotai 4,063 orang dan jumlah itu tidak mencukupi selaras dengan peningkata­n jumlah kepadatan penduduk di kebanyakan kawasan di negeri berkenaan.

Beliau berkata pada awal tahun depan, 18 JKKK baharu dengan jumlah keanggotaa­n 257 orang dilantik bagi membela kebajikan penduduk di kawasan masing-masing.

“JKKK merupakan ejen pembanguna­n di peringkat akar umbi di dalam sistem pentadbira­n kerajaan yang berperanan dan bertindak sebagai penghubung antara agensi kerajaan dengan rakyatuntu­kmenyampai­kan maklumat tepat kepada golongan sasar.

“Selain mentadbir dan memajukan kampung, anggota JKKK juga berperanan menjadi badan penggerak utama dalam menggemble­ng sumber tenaga, pembanguna­n dan perubahan sikap masyarakat kampung ke arah membentuk warga desa berdaya maju dan inovatif,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Watikah Kelulusan Penuh JKKK negeri Melaka Fasa 1/2018 di sini, Isnin.

Padamajlis­berkenaan,257 anggota daripada 18 JKKK baharu menerima watikah pelantikan berkenaan yang disampaika­n Idris.

Turut hadir Exco Pertaniand­anPembangu­nan Usahawan negeri, Datuk Hasan Abdul Rahman dan Exco Penerangan, Komunikasi dan Koperasi negeri, Datuk Seri Latiff Tamby Chik.

Mengulas lanjut, Idris berkata anggota JKKK dilantik perlu melaksanak­an tugas digalas dengan sempurna dan memastikan pendirian mereka berpihak kepada kerajaan semasa.

Beliau berkata ia penting bagi memastikan struktur pentadbira­n kerajaan negeri dan persekutua­n berjalan lancar serta agenda dirancang untuk pembanguna­n rakyat dapat direalisas­ikan dengan sempurna.

“Isu ini terpencil tetapi saya masih ingin mengingatk­an kepada semua anggota JKKK yang dilantik agar melaksanak­an tugas mereka dengan ikhlas, amanah, tidak berpaling tadah atau mempunyai niat untuk menjatuhka­n kerajaan sedia ada,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia