Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki ditahan kes gaduh di Bukit Pelanduk

-

SEREMBAN: Polis menahan empat lelaki di dua lokasi berasingan di sekitar Port Dickson dekat sini, bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan sehingga mencederak­an seorang mangsa di Jimah Power Plant, Bukit Pelanduk, Port Dickson, kira-kira 4 petang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata tiga suspek ditahan kira-kira 6 petang semalam, berhampira­n Plaza Tol Port Dickson arah Utara, selepas polis mengejar kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki suspek.

“Seorang lagi suspek yang merupakan seorang peniaga dan dipercayai dalang kes pergaduhan itu ditahan di sebuah kedai berhampira­n dengan Jimah Power Plant, Bukit Pelanduk pada 10.15 malam,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Zainudin berkata hasil siasatan awal mendapati dalang kes pergaduhan itu dipercayai mengupah tiga suspek lain untuk memukul mangsa yang berniaga berhampira­n gerainya.

“Dalang pergaduhan ini memberi maklumat terperinci kepada tiga suspek tersebut seperti gambaran fizikal serta kereta dinaiki mangsa bagi memudahkan mereka melakukan kerja.

“Semasa kejadian, dua suspek turun dari kenderaan dinaiki mereka dan memukul mangsa menggunaka­n parang manakala seorang lagi suspek tunggu di dalam kereta. Kejadian itu menyebabka­n mangsa seorang lelaki berusia 32 tahun cedera di pergelanga­n tangan dan kepala,” katanya.

Berdasarka­n siasatan awal, Zainudin berkata punca pergaduhan dipercayai disebabkan dalang kes pergaduhan itu tidak berpuas hati dengan perniagaan mangsa yang lebih maju darinya lalu mengupah tiga suspek untuk memukul mangsa dengan ganjaran RM1,000.

“Berdasarka­n soal siasat, ketiga-tiga suspek mengaku diupah dalang kes pergaduhan yang menjalanka­n perniagaan menjual minuman keras, rokok serta makanan, namun soal siasat lanjut akan dibuat selepas mendapat permohonan reman kelak,” katanya.

Beliau berkata berdasarka­n semakan rekod mendapati dua daripada tiga suspek yang diupah dalang pergaduhan itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Katanya polis turut merampas 21 minuman keras pelbagai jenama, lima telefon bimbit, dua bilah parang panjang, sebuah kereta Toyota Camry dan 24 bungkus kotak rokok seludup pelbagai jenama. -Bernama

 ??  ?? NIK Nazri sedang melakukan semburan air menggunaka­n hos Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Perdana.
NIK Nazri sedang melakukan semburan air menggunaka­n hos Jabatan Bomba dan Penyelamat kepada kanak-kanak yang menyertai Program Khatan Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia