Utusan Borneo (Sabah)

Indeks jenayah KL catat penurunan kes sehingga Disember

-

KUALA KUMPUR: Kadar indeks jenayah Kuala Lumpur yang direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada Januari tahun ini sehingga Sabtu lepas mencatat penurunan iaitu 11,815 kes berbanding 15,785 bagi tempoh yang sama pada tahun lepas.

Tanpa mendedahka­n pecahan kes, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata penurunan berkenaan berikutan pelbagai langkah proaktif PDRM dengan pelbagai pihak terutamany­a masyarakat dalam membantera­s jenayah.

“Bagaimanap­un, terdapat kenaikan jenayah melibatkan kes ragut iaitu 57 peratus pada tahun ini dan untuk memastikan jenayah ini dapat dikurangka­n, kami akan melancarka­n kempen cegah jenayah ragut dan samun tanpa senjata dalam masa terdekat.

“Selain itu, saya juga telah mengarahka­n Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur membuat strategi khususnya bahagian D4 (risikan jenayah) dan D9 (siasatan khas) yang keduadua bahagian berkenaan akan digabungka­n untuk menangani kes ini,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis perhimpuna­n bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini.

Dalam pada itu, Mazlan berkata pihaknya akan menempatka­n seorang pegawai dan anggota polis di 12 Projek Perumahan Rakyat (PPR) sekitar Kuala Lumpur bagi menangani kes dadah.

“Sekiranya ada kes dadah di PPR, penduduk tempatan boleh melaporkan kegiatan berkenaan kepada mereka (pegawai dan anggota polis) untuk diambil tindakan.

“Mereka ini akan ditempatka­n selama tiga bulan bagi memantau kes dadah di PPR, jika kes dadah di PPR meningkat saya akan tambah jumlah keanggotaa­n,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) pada masa akan datang ini, Mazlan berkata polis akan menubuhkan satu pasukan petugas yang akan diketuai pegawai kanan polis berpangkat ACP bagi memastikan kelancaran PRU14. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia