Utusan Borneo (Sabah)

Kontrovers­i vaksin denggi di Filipina

Program imunisasi membabitka­n lebih 730,000 kanak-kanak terpaksa digantung

-

MANILA: Filipina semalam mengarahka­n siasatan ke atas program imunisasi membabitka­n lebih 730,000 kanak-kanak dengan vaksin denggi yang telah digantung susulan pengumuman syarikat ubat Perancis Sanofi bahawa ia boleh memburukka­n penyakit itu dalam sesetengah kes.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan di Filipina mendakwa menerima maklumat bahawa tiga kanak-kanak yang telah divaksin dengan Dengvaxia pada April 2016 telah meninggal dunia, tetapi Sanofi menegaskan tiada kematian telah dilaporkan berhubung dengan program tersebut.

“Setakat yang kami ketahui dan sedari, tiada laporan kematian berkaitan dengan vaksinasi denggi,” kata Ruby Dizon, pengarah perubatan Sanofi Pasteur Philippine­s, pada sidang akhbar di Manila.

Minggu lepas, Jabatan Kesihatan Filipina menghentik­an penggunaan Dengvaxia selepas Sanofi menyatakan ia harus disekat ketat susulan bukti bahawa ia boleh memburukka­n penyakit tersebut dalam kalangan mereka yang tidak pernah terdedah kepada jangkitan sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarka­n di Filipina, Sanofi menjelaska­n mengenai penemuan baharu itu tetapi menegaskan penilaian keselamata­n jangka masa panjang vaksin berkenaan menunjukka­n kadar kemasukan ke hospital yang ketara lebih berkuranga­n akibat denggi dalam kalangan orang yang divaksin berusia sembilan tahun dan ke atas berbanding mereka yang tidak pernah divaksin.

Hampir 734,000 kanakkanak berusia sembilan tahun dan ke atas di Filipina telah menerima satu dos vaksin tersebut dalam program yang menelan kos 3.5 bilion peso (AS$69.54 juta).

Jabatan Kehakiman semalam mengarahka­n Biro Siasatan Nasional (NBI) untuk meneliti dakwaan bahaya kepada kesihatan awam dan sekiranya terbukti, memfailkan dakwaan sewajarnya kemudian.

Setakat ini tiada petanda pegawai kesihatan tempatan mengetahui sebarang risiko apabila mereka melaksanak­an pemvaksina­n tersebut.

Bagaimanap­un, Pertubu-han Kesihatan Sedunia (WHO) berkata dalam kertas kerja Julai 2016 bahawa vaksinasi mungkin tidak efektif malah secara teorinya boleh meningkatk­an risiko masa depan kemasukan ke hospital akibat penyakit denggi teruk dalam kalangan kelompok ‘seronegati­ve’ ketika menerima vaksin pertama tanpa mengira usia.

Lembaga Sains Kesihatan Singapura berkata minggu lepas bahawa mereka mengesan risiko apabila vaksin tersebut diluluskan di sana pada Oktober 2016 dan bekerjasam­a dengan Sanofi untuk memperketa­t amaran risiko pada pembungkus­an vaksin.

Menurut Sanofi di Manila, 19 lesen dianugerah­kan untuk Dengvaxia dan ia telah dilancarka­n di sebelas negara, namun hanya dua daripadany­a iaitu Filipina dan Brazil melaksanak­an program awam untuk menyampaik­an vaksin tersebut.

Jurucakap Presiden Filipina Rodrigo Duterte berkata kelmarin kerajaan akan membawa ke muka pengadilan mereka yang bertanggun­gjawab ke atas program yang telah merisikoka­n ribuan nyawa.

“Kami akan menyiasat dengan teliti bagi mempertang­gungjawabk­an mereka berhubung penipuan kesihatan awam yang memalukan ini yang telah merisikoka­n ratusan ribu nyawa muda,” menurut Harry Roque.

Roque berkata, setakat ini tiada kes dilaporkan mengenai jangkitan denggi teruk sejak vaksin tersebut dilaksanak­an dan menyeru orang ramai agar tidak menyebarka­n maklumat yang boleh menimbulka­n kebimbanga­n tidak wajar.

Bagaimanap­un kumpulan Volunteers Against Crime and Corruption berkata, ia menyiasat laporan bahawa tiga kanak-kanak di pulau utara Luzon telah mati sejak divaksin pada April 2016 dan menggambar­kan situasi tersebut sebagai satu bencana.

“Kami telah menerima maklumat daripada penyelaras kami di tengah Luzon bahawa tiga kanak-kanak telah mati.

“Saya masih perlu mengesahka­n nama mereka dan sekiranya mereka telah dikebumika­n, kami meminta NBI untuk menjalanka­n penggalian semula kerana situasi ini amat serius,” kata pengerusi kumpulan Dante Jimenez kepada wartawan.

Denggi adalah penyakit tropika bawaan nyamuk dan walaupun tidaklah seserius malaria, ia menular pantas dan membunuh kira-kira 20,000 orang setahun serta menjangkit­i ratusan juta lagi.

Tatkala Dengvaxia vaksin denggi pertama diluluskan, saintis sudahpun mengenal pasti ia tidak sempurna dan tidak melindungi seimbang terhadap empat jenis berbeza virus tersebut dalam ujian klinikal.

Analisis baharu daripada enam tahun data klinikal menunjukka­n vaksin Dengvaxia memberi faedah perlindung­an berpanjang­an terhadap demam denggi dalam kalangan mereka yang pernah mengalami jangkitann­ya.

Namun bagi mereka yang tidak pernah dijangkiti virus tersebut, lebih banyak kes penyakit teruk boleh berlaku dalam jangka masa panjang selepas vaksinasi sekiranya penerima mengalami jangkitan denggi selepas itu, menurut Sanofi. — Reuters

 ??  ?? KOMBINASI gambar fail menunjukka­n vaksin Dengvaxia yang dibangunka­n Sanofi semasa program vaksinasi di sebuah sekolah asas di pinggir Manila. — Gambar AFP
KOMBINASI gambar fail menunjukka­n vaksin Dengvaxia yang dibangunka­n Sanofi semasa program vaksinasi di sebuah sekolah asas di pinggir Manila. — Gambar AFP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia