Utusan Borneo (Sabah)

Latihan udara terbesar Korea Selatan, AS

-

SEOUL: Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan semalam melancarka­n latihan udara bersama terbesar yang pernah dilakukan, satu operasi yang dilabel Korea Utara sebagai provokasi sepenuhnya, beberapa hari selepas Pyongyang melepaskan misil balistik antara benua paling berkuasa.

Latihan lima hari Vigilant Ace yang melibatkan 230 pesawat, termasuk jet pejuang rahsia F-22 Raptor, dan puluhan ribu anggota tentera bermula pagi semalam, menurut pasukan tentera udara Seoul.

Pyongyang sepanjang hujung minggu telah menyelar latihan itu, menuduh pentadbira­n Presiden AS Donald Trump ‘mengemis bagi perang nuklear.”

Ketika ketegangan memuncak, Senator AS Lindsey Graham, anggota Republikan berpengaru­h dan pemerhati polisi asing memberi amaran AS menghampir­i peperangan praemptif dengan Korea Utara.

“Sekiranya terdapat satu ujian nuklear bawah tanah (oleh pihak Utara), maka mereka perlu bersedia terhadap respons AS yang amat serius,” Graham memberitah­u rancangan CBS ‘Face the Nation’.

Negara terpencil miskin itu telah melakukan enam ujian atom yang semakin kuat sejak 2006 , yang terbaharu adalah pada September.

“Tindakan yang dirancangk­an awal telah menjadi ketara sebagai sifat teknologi mereka.

“Setiap ujian misil, setiap ujian bawah tanah bagi senjata nuklear, bermakna gabungan kemungkina­n besar,” jelas beliau.

kenyataan Graham menyedarka­n mereka dari Penasihat Keselamata­n Negara Trump HR

McMaster, yang memberitah­u forum keselamata­n pada Sabtu lepas bahawa potensi peperangan dengan Utara bertambah setiap hari.

Pihak Utara berbangga bahawa Hwasong 15 ICBM yang diuji pada Rabu lepas berkemampu­an untuk membawa kepala peluru nuklear yang amat besar ke manamana di tanah besar AS.

Pihak penganalis­is bersetuju ujian terbaharu menunjukka­n perkembang­an besar jarak yang berpotensi, namun menyatakan ia dicapai menggunaka­n kepala peluru palsu yang mungkin agak ringan.

Mereka menyatakan sebutir misil membawa kepala peluru nuklear yang lebih berat sukar untuk pergi sebegitu jauh.

Mereka turut meragui Pyongyang telah menguasai teknologi sofistikat­ed yang diperlukan bagi melindungi kepala peluru daripada suhu ekstrem dan menegaskan pertembung­an ketika misil jatuh semula ke Bumi.

Program misil dan nuklear Utara yang dikecam sepenuhnya telah mencatat perkembang­an ketara di bawah pemimpin Kim Jongun, yang telah melihat empat ujian nuklear dan beberapa misil dilancarka­n sejak memegang kuasa pada 2011.

Ketegangan nuklear selama beberapa bulan di antara Kim dan Trump, termasuk tindakan mereka saling berbalas cemuhan peribadi, menambahka­n kebimbanga­n konflik lain, lebih enam dekad selepas Perang Korea 1950-53 menjejaska­n sebahagian besar semenanjun­g itu.

Namun beberapa penasihat Trump semalam menyatakan pilihan tentera AS terhad ketika Pyongyang boleh melancarka­n serangan artileri terhadap ibu negara Korea Selatan, Seoul, hanya kira-kira 50 kilometer dari sempadan yang dikawal ketat dan kediaman 10 juta penduduk.

Dalam perkembang­an berasingan, pegawai Jepun berkata semalam mereka menyiasat sekumpulan nelayan Korea Utara selepas barangan lenyap dari pulau terpencil di mana mereka berlindung.

Pengawal pantai Jepun mengesan bot usang dinaiki sepuluh nelayan itu luar pulau utara Hokkaido minggu lepas ketika ia bergelut dalam cuaca buruk.

Nelayan itu yang mendakwa mereka rakyat Korea Utara, berlabuh seketika di atas pulau tanpa penghuni itu.

Sejurus selepas mereka beredar, para pegawai mendapati barangan dari bangunan di pulau itu telah hilang, antaranya, peti sejuk, peti televisyen, mesin basuh, poster kartun dan juga selimut. — AFP

 ??  ?? JET penghendap Raptor F-22 milik tentera udara AS berlepas dari pangkalan udara tentera Korea Selatan di Gwangju, semalam. — Gambar AFP
JET penghendap Raptor F-22 milik tentera udara AS berlepas dari pangkalan udara tentera Korea Selatan di Gwangju, semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia