Utusan Borneo (Sabah)

Nasralla seru suara rakyat Honduras

Pencabar Hernandez itu turut tuntut pasukan tentera berpihak kepadanya

-

TEGUCIGALP­A: Puluhan ribu warga Honduras berarak kelmarin dalam tunjuk perasaan terbesar sejak pilihan raya presiden yang kontrovers­i pada minggu lepas, tatkala tentangan semakin meningkat berhubung kiraan undi yang kelamkabut dan dijangka menunjukka­n presiden memenangi penggal kedua.

Menjelang senja, bunyi hon plastik, kereta yang membunyika­n hon, bunga api dan periuk yang dipalu bergema di ibu negara Tegucigalp­a, yang mencabar perintah berkurung tentera yang dilaksanak­an untuk mengekang protes yang kadang-kadang berdarah dan sudah menular sejak beberapa hari lalu.

Bintang TV yang menjadi calon pembangkan­g, Salvador Nasralla, 64, dalam ucapannya di satu perhimpuna­n gergasi di ibu negara pada awal kelmarin, menyeru kepada angkatan tentera untuk menentang arahan agar melaksanak­an perintah berkurung, dan menggalakk­an penyokong untuk menyertai mogok kebangsaan bermula semalam.

“Saya menyeru kepada semua anggota tentera untuk menentang ketua anda,” kata Nasralla kepada penyokong yang bersorak dan mengejek anggota tentera berdekatan.

“Anda semua di sana, anda tidak sepatutnya berada di sana, anda sepatutnya menjadi sebahagian daripada rakyat,” katanya.

Nasralla menuduh kerajaan cuba mencuri pilihan raya pada minggu lepas. Imej TV tempatan menunjukka­n protes sama di bandar raya lain.

Walaupun tiada laporan diterima mengenai keganasan sewaktu protes kelmarin, ratusan sudah ditangkap dan sekurang-kurangnya tiga orang maut sejak beberapa hari lalu.

Kerajaan melaksanak­an perintah berkurung oleh tentera Jumaat lepas yang mengembang­kan kuasa bagi tentera dan polis untuk menahan orang dan membuka sekatan jalan, jambatan dan bangunan awam.

Pada awal minggu lepas, Nasralla, seorang bekas pengacara sukan dan hos program permainan, seakan-akan telah mencapai kemenangan yang mengejutka­n ke atas Presiden Juan Orlando Hernandez, 49, yang disokong oleh Amerika Syarikat (AS), apabila beliau mendahului dengan kelebihan lima mata selepas hampir dua pertiga undi siap dikira.

Selepas jeda selama lebih sehari yang tidak dijelaskan, kiraan undi sekali-sekala mula memihak kepada penyandang.

Tribunal pilihan raya, yang diketuai seorang anggota parti Hernandez, mula melakukan kiraan semula bagi sebahagian undian, yang diramal akan berlangsun­g sehingga awl pagi semalam.

Lewat kelmarin, Hernandez memperoleh­i hampir 43 peratus undi manakala Nasralla mendapat hampir 41.4 peratus, selepas hampir 96.4 peratus undi siap dikira, menurut laman sesawang tribunal itu.

Nasralla menuntut agar kiraan semula diperluask­an untuk merangkumi ribuan lagi pusat undian tetapi pegawai pilihan raya tidak bersetuju untuk mengembang­kan semakan semula.

Pertubuhan­Negara-negara Amerika kelmarin menyebut dalam satu kenyataan bahawa tribunal itu tidak harus sekadar membuat kiraan semula yang terhad. Ia berkata tuntutan Nasralla untuk mengira semula lebih 5,000 pusat undian dapat dibuat.

Pope Francis berdoa untuk penyelesai­an yang aman kepada krisis politik di Honduras, manakala pejabat hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa pihak berkuasa untuk menghormat­i hak rakyat menunjuk perasaan.

Presiden Venezuela menuduh AS menyokong penipuan dalam pilihan raya di negara itu, manakala pegawai tertinggi di kedutaan AS memuji protes aman kelmarin dan kiraan muktamad tersusun yang sedang dijalankan.

Hernandez melaksanak­an operasi yang diketuai tentera untuk membantera­s keganasan samseng selepas memegang kuasa pada 2014.

Beliau disokong John Kelly, ketua turus Presiden AS Donald Trump, memandangk­an Kelly merupakan jeneral tertinggi dalam pentadbira­n lama.

Nasralla merupakan salah satu wajah paling terkenal di Honduras dan disokong bekas presiden Manuel Zelaya, tokoh haluan kiri yang digulingka­n dalam kudeta pada 2009.

Sejak lewat minggu lepas, tiga maut apabila askar meleraikan sekatan penunjuk perasaan yang diperbuat daripada runtuhan dan tayar terbakar.

Laporan turut menyebut antara empat hingga lima lagi telah ditembak mati di utara negara Jumaat lepas. — Reuters

 ??  ?? NASRALLA (tengah) diiringi Zelaya (kanan) ketika bertemu para penyokong dalam demonstras­i dekat Tribunal Agung Pilihan Raya di Tegucigalp­a, kelmarin. — Gambar AFP
NASRALLA (tengah) diiringi Zelaya (kanan) ketika bertemu para penyokong dalam demonstras­i dekat Tribunal Agung Pilihan Raya di Tegucigalp­a, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia