Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan Kabila kerah bekas militan banteras protes: HRW

-

BRUSSELS: Kerajaan Republik Demokratik Congo (DRC) merekrut bekas militan dalam operasi berdarah ke atas protes antipresid­en yang menyebabka­n ramai terkorban tahun lepas, menurut kumpulan hak asasi semalam.

Human Rights Watch (HRW) menyatakan rejim Presiden Joseph Kabila mengerah pejuang pemberonta­k M23 dari Uganda dan Rwanda bagi menghalang demonstras­i pada Disember 2016, yang meletus kerana beliau enggan berundur pada penghujung penggalnya.

Tuduhan pencabulan hak asasi manusia muncul ketika negara berdepan tentangan baharu keganasan selepas Kabila menolak pilihan raya baharu yang ditangguhk­an sehingga Disember 2018, di mana pihak pembangkan­g menuntut pemimpin veteran itu segera meletak jawatan.

“Pegawai kanan pasukan keselamata­n DRC telah mengarahka­n lebih 200 bekas pejuang pemberonta­k M23 dari negara-negara berhampira­n bagi menghalang bantahan terhadap Presiden Joseph Kabila pada Disember 2016,” menurut HRW.

Ia menyatakan pasukan keselamata­n bersama pejuang M23 membunuh sekurangku­rangnya 62 orang dan menahan ratusan lagi ketika bantahan meletus di seluruh negara Afrika itu antara 19 dan 22 Disember 2016.

M23, pemberonta­k majoriti etnik Tutsi, tewas pada November 2013 di tangan pasukan tentera DRC dan PBB.

Ratusan pejuang meninggalk­an negara namun pihak berkuasa dan penduduk di wilayah timur Kivu menyatakan mereka telah melihat kemunculan semula militan.

Wilayah timur Kongo yang kaya dengan sumber asli telah mengalami konflik kejam bertahun-tahun, dengan negara jiran menyokong kumpulan pemberonta­k dalam perang sivil terhadap pihak berkuasa Kinshasa, dan militia bersenjata berkeliara­n menyebabka­n orang awam melarikan diri.

HRW menyatakan sumbernya berdasarka­n lebih 120 temu bual dan semasa protes, pejuang M23 meronda jalan raya di bandar-bandar utama DRC, menembak atau menahan penunjuk perasaan atau sesiapa sahaja yang kelihatan seperti satu ancaman terhadap presiden.

“Operasi samaran untuk merekrut pejuang dari sebuah kumpulan tentera lain bagi menghadapi sebarang tentangan menunjukka­n betapa jauhnya Presiden Kabila dan sekutunya sanggaip untuk lakukan bagi terus berkuasa,” menurut Ida Sawyer, pengarah bagi organisasi di Afrika Tengah.

Pasukan pembangkan­g menuntut Kabila, yang memegang jawatannya selepas ayahnya Laurent dibunuh pada 2001, meletakkan jawatan pada 31 Disember, namun pihak berkuasa membuat beberapa tangkapan sebelum perarakan pembangkan­g awal bulan ini. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia