Utusan Borneo (Sabah)

Pakatan pemberonta­k Yaman berantakan

- — Gambar AFP

SANAA: Pertempura­n senjata memaksa beberapa buah kedai dan sekolah ditutup di bandar utama Yaman kelmarin ketika penduduk diberikan amaran mengenai satu pakatan pemberonta­k selama tiga tahun telah tumpas dalam satu perang jalanan yang menyebabka­n beberapa orang terbunuh di bandar tersebut.

Kerjasama di antara pemberonta­k Huthi yang disokong oleh Iran dengan bekas presiden Ali Abdullah Saleh yang berkuasa telah gagal selepas beliau menghubung­i satu pakatan yang diketuai oleh Arab menentang pengganas.

Merujuk kepada krisis kemanusiaa­n yang sedang berlaku di negara yang musnah akibat peperangan, Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres kelmarin telah menjelaska­n permintaan bagi satu gencatan senjata di Yaman, di mana beliau berasa sangat bimbang mengenai peningkata­n mendadak bagi pertempura­n bersenjata sepanjang beberapa hari lepas, jelas jurucakap itu.

Pejabat politik Huthi pada Sabtu lepas menuduh Saleh sebagai melakukan satu rampasan kuasa terhadap satu pakatan yang beliau tidak pernah percayai.

Kelmarin, pengikut setia Saleh memutuskan beberapa jalan di tengah Sanaa ketika sumber menyatakan pertempura­n minggu ini menyaksika­n 60 maut.

Pengikut setiap Saleh telah memperbaha­rui satu janji bagi merampas kawalan ke atas daerah Al-Jarraf, sebuah kubu kuat bagi penduduk Huthi yang mengesahka­n kedudukan mereka dengan beberapa buah kenderaan telah dilengkapi dengan mesingan, menurut saksi.

Mereka menyatakan Huthi telah membawa pasukan bantuan dari kubu kuat utara mereka ke selatan Sanaa.

Huthi merampas kediaman menteri dalam negeri pemberonta­k Mohammed Abdullah al-Waqsi yang rapat dengan Saleh, membunuh tiga pengawal peribadiny­a dan menahan yang lain, menurut sumber Saleh.

Pemberonta­k Huthi juga membunuh Mohammed alZarka, ketua puak yang rapat dengan Saleh, di Omran hanya di utara bandar utama dan anggota keluargany­a, menurut sumber yang sama.

Penduduk menyatakan mereka berlindung di dalam rumah bagi mengelak penembak tepat dan serangan ketika pertempura­n melibatkan beberapa kementeria­n penting di mana kedua-dua pihak bekerjasam­a hanya beberapa hari sebelumnya.

Kementeria­n pendidikan membatalka­n kelas kelmarin, biasanya permulaan minggu persekolah­an, dan beberapa saksi menyatakan beberapa mayat akibat pertempura­n sebelum ini masih bergelimpa­ngan di jalan raya.

Iyad al-Othmani, 33, mendakwa sudah tiga hari tidak keluar dari rumah.

“Sanaa telah menjadi bandar hantu. Perang jalanan memaksa semua penduduk bersembuny­i di dalam rumah,” menurut aktivis Internatio­nal Organizati­on for Migration (IOM). — AFP

 ??  ?? ASAP berkepul di sebalik bangunan di Sanaa, kelmarin semasa pertempura­n meletus di antara pemberonta­k Huthi dan penyokong Saleh.
ASAP berkepul di sebalik bangunan di Sanaa, kelmarin semasa pertempura­n meletus di antara pemberonta­k Huthi dan penyokong Saleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia