Utusan Borneo (Sabah)

19 lagi terkorban di Ghouta Timur

-

HAMMURIYEH: Gelombang serangan udara Syria kelmarin mengorbank­an sekurang-kurangnya 19 orang awam dan mencederak­an beberapa orang lagi di sekitar kawasan pemberonta­k yang dikepung di Ghouta Timur berhampira­n Damsyik, menurut badan pemerhati.

Serbuan paling teruk melanda pekan Hammuriyeh, mengorbank­an 13 orang awam termasuk lima kanakkanak, menurut Syrian Observator­y for Human Rights yang berpusat di Britain.

Serangan udara lain ke atas beberapa pekan di Arbeen, Beit Sawa dan Misraba telah mengorbank­an enam orang awam termasuk dua kanakkanak dan dua wanita.

Observator­y menyatakan angka kematian kemungkina­n meningkat berdasarka­n kecederaan serius yang dialami beberapa mangsa.

Di Hammuriyeh, jurugambar AFP melihat beberapa lelaki membawa mayat seorang mangsa yang dibungkus dengan selimut biru di sepanjang jalan raya yang dipenuhi serpihan runtuhan, dengan sebelah kaki tanpa kasut terjulur keluar dari selimut tersebut.

Serangan kelihatan menyasari sebuah kawasan kejiranan sederhana, memusnahka­n sebuah kedai runcit kecil dan menyebabka­n sebuah gerai sayur-sayuran diselaputi debu.

Mangsa-mangsa dikejarkan ke sebuah klinik berhampira­n di mana para doktor dapat dilihat merawat seorang lelaki yang luka lututnya.

Di dalam bilik lain, mayat seorang budak lelaki terbaring berlumuran darah.

Ghouta Timur, salah satu kubu kuat terakhir pemberonta­k di Syria, berada di bawah kepungan ketat kerajaan sejak 2013 yang menyebabka­n kekurangan drastik makanan dan ubat.

Dianggarka­n 400,000 masih tinggal di kawasan itu dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa ratusan berdepan risiko kematian sekiranya mereka tidak dipindahka­n bagi rawatan perubatan kecemasan.

Kawasan tersebut antara empat zon aman yang bertujuan menangani keganasan di sekitar Syria yang dilanda peperangan dan dipersetuj­ui awal tahun ini oleh sekutu rejim Rusia dan Iran serta penyokong pemberonta­k Turki.

Kerajaan Syria bersetuju pada minggu lepas dengan gencatan senjata di wilayah itu susulan rundingan damai diketuai PBB di Geneva.

Namun tentangan hebat di kawasan pembangkan­g berhampira­n ibu negara diteruskan, di mana sebelas lagi orang awam terkorban Sabtu lepas.

Lebih 340,000 terbunuh sejak konflik bermula pada Mac 2011 dengan bantahan antikeraja­an. — AFP

 ??  ?? ANGGOTA sukarelawa­n White Helmets mengendong mayat seorang kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara di Hammuriyeh, Ghouta Timur kelmarin. — Gambar AFP
ANGGOTA sukarelawa­n White Helmets mengendong mayat seorang kanak-kanak yang terbunuh dalam serangan udara di Hammuriyeh, Ghouta Timur kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia