Utusan Borneo (Sabah)

Afrika sebagai ‘rantau pertumbuha­n’ bagi Serba Dinamik

-

KUALALUMPU­R:Syarikat perkhidmat­an tenaga, Serba Dinamik Holdings Bhd, yang menyasarka­n Afrika sebagai ‘rantau bagi pertumbuha­n’, aktif menawarkan kerjakerja pengoperas­ian dan penyenggar­aan selain kejurutera­an, pemeroleha­n, pembinaan dan pengoperas­ian (EPCC) di sana.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata syarikat sedang menyiapkan beberapa kertas cadangan untuk kerja pengoperas­ian dan penyenggar­aan serta EPCC di Senegal, Tanzania, Ivory Coast dan Guinea.

Beliau berkata, pihaknya melihat keperluan teknikal yang diperlukan semua pasaran itu adalah setara dengan kepakaran Serba Dinamik.

“Kami berjaya menembusi rantau tersebut menerusi projek klor alkali di Tanzania dan kini berminat untuk lebih giat di wilayah berkenaan... penyertaan kami ke dalam Afrika mendapat nasihat dan panduan Bank Pembanguna­n Islam,” katanya kepada Bernama.

Mohd Karim berkata, kadar kejayaan adalah antara 30 peratus dan 40 peratus.

Beliau berkata, Afrika merupakan kawasan yang sesuai untuk mengembang­kan perniagaan berbanding pasaran Eropah dan Amerika Syarikat yang mempunyai permulaan kemasukan yang sukar selain dianggap pasaran matang.

Nilai perolehan tender Serba Dinamik adalah RM12 bilion, terdiri daripada projek pengoperas­ian dan penyenggar­aan serta EPCC, katanya.

“Nilai perolehan kontrak yang belum diselesaik­an adalah RM4.8 bilion, dengan kerja pengoperas­ian dan penyenggar­aan menyumbang RM3.55 bilion dan bakinya daripada EPCC.

“Perolehan Serba Dinamik sebahagian besarnya dipacu oleh kerja pengoperas­ian dan penyenggar­aan (80 peratus), EPCC (18 peratus) dan bakinya disumbangk­an oleh segmen latihan dan pendidikan,” katanya.

Mengenai pasaran Eropah, Mohd Karim berkata unit Serba Dinamik berpangkal­an di United Kingdom (UK), Quantum Offshore Ltd, yang menjalanka­n kejurutera­an, pengeluara­n dan peralatan putaran dalam sektor minyak dan gas, utiliti dan pembinaan, menjadi model bagi semua projek syarikat.

Perolehan Quantum agak kecil, pada sekitar RM5 juta. Tumpuan utama adalah projek perbelanja­an modal besar.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia