Utusan Borneo (Sabah)

Nikmati pesta makanan Krismas Isthmus di BCCK

-

KUCHING: Orang ramai yang ingin menikmati makan malam sempena hujung tahun dan perayaan Krismas boleh menikmati pesta makanan Krismas Isthmus di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 15 hingga 30 Disember.

Tahun ini, ia merangkumi set makanan malam tiga hidangan dari 15 hingga 30 Disember, kecuali 24 dan 25 Disember, serta makanan malam bufet pada Ambang Krismas, Hari Krismas dan Ambang Tahun Baharu.

Ketua Pegawai Eksekutif BCCK, Eric van Piggelen dalam satu kenyataan berkata, pembantu cef, Cef Asfia Rizal dan pasukannya bersedia untuk memenuhi selera makan sempena cuti dari 15 hingga 31 Disember dengan pesta percutian Krismas Isthmus BCCK.

“Dengan percutian bulan Disember, meja di The Raintree Restaurant­akanditemp­ahdengan cepat kerana begitu mudah untuk mendapatka­n tempahan dalam talian,” katanya.

Merancang dan mendapatka­n tarikh pilihan untuk makan malam akhir tahun bersamasam­a kini lebih mudah dengan beberapa klik tetikus di laman web tempahan makan BCCK di

www.bcck.org.my.

Set makan malam tiga hidangan menawarkan pilihan daging dan vegetarian pada RM68 untuk setiap orang dewasa atau kanakkanak.

Hidangan pembuka selera adalah termasuk crabmeat with gazpacho, chilled soup of crab meat salad with fresh green apple, classic Caesar salad topped with turkey meat, manakala pilihan bagi hidangan utama adalah turki, ikan salmon atau sayur-sayuran sementara pencuci mulut adalah

panna cotta.

 ??  ?? SALAH satu hidangan, 15 Herb-crusted turkey roulade boleh didapati di BCCK.
SALAH satu hidangan, 15 Herb-crusted turkey roulade boleh didapati di BCCK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia