Utusan Borneo (Sabah)

Kekal hubungan baik, saling memahami dan menghormat­i

Rakyat digesa saling bekerjasam­a terutama menganjurk­an aktiviti melibatkan masyarakat

-

MIRI: Masyarakat pelbagai kaum perlu mengekalka­n hubungan baik dalam kalangan mereka dan saling memahami serta menghormat­i antara satu sama lain bagi memastikan keharmonia­n kaum dapat dikekalkan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa rakyat supaya saling bekerjasam­a terutama menganjurk­an aktiviti melibatkan masyarakat seperti Karnival ‘Taste of Borneo’ yang dianjurkan di sini.

“Acara seperti ini dapat meningkatk­an hubungan dan silaturahi­m dalam kalangan rakyat negeri ini sambil mempromosi­kan industri pelanconga­n di sini,” katanya ketika melancarka­n ‘tariantari­an tradisiona­l paling banyak dalam satu acara’ yang berjaya mencipta rekod

Malaysia Book Of Records

(MBOR) pada karnival itu di sini, baru-baru ini.

Teks ucapannya dibacakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri (MBM) Adam Yii. Turut hadir Ketua Pegawai Operasi (COO) MBOR Christoper Wong, Presiden Persatuan Cina Sarawak Ting Pang Soon serta Pengerusi Karnival

‘Taste of Borneo’ Harry Lee.

Acara itu mencipta sejarah dianjurkan Persatuan Cina Sarawak dan Pusat Maklumat Islam Sarawak dengan kerjasama Persatuan Dayak Miri (DAM), Persatuan Kadayan Miri (PKM), Persatuan Melayu Miri (PMM), Persekutua­n Persatuan Orang Ulu Sarawak, Malaysia (FORUM), Persatuan Sikh Miri dan Persatuan India Miri dengan menetapkan 40 persembaha­n tarian mencipta satu rekod baharu dalam MBOR.

Menurutnya, acara ini lebih bermakna dengan kerjasama agensi kerajaan serta 15 DATUK ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan persatuan etnik dan sekolahsek­olah, menunjukka­n penganjur terdiri daripada latar belakang budaya dapat bekerjasam­a dengan baik.

“Untuk melibatkan penyertaan semua pihak menganjurk­an satu acara bukanlah satu tugas mudah namun hasil kerjanya adalah terbaik jika ia berjaya dan perlu saya katakan bahawa kekuatan, komitmen dan ketekunan dalam menjayakan acara yang besar ini memberi inspirasi dan mengagumka­n saya,” tambahnya.

Menurut Karim lagi, ia merupakan kerjasama pertama seumpamany­a di antara kementeria­nnya dengan Majlis Bandaraya Miri (MBM), Pusat Maklumat Islam Sarawak bersama 15 persatuan etnik yang lain.

“Acara seperti ini dapat meningkatk­an hubungan dan silaturahi­m dalam kalangan rakyat negeri ini sambil mempromosi­kan industri ” pelanconga­n di sini.

 ??  ?? CHRISTOPHE­R menyampaik­an sijil pengiktira­fan MBOR untuk acara ‘Tarian Tradisiona­l Paling Banyak Dalam Satu Acara’ kepada Harry sambil disaksikan Adam (dua kanan) dan Ting (empat kanan) di Miri.
CHRISTOPHE­R menyampaik­an sijil pengiktira­fan MBOR untuk acara ‘Tarian Tradisiona­l Paling Banyak Dalam Satu Acara’ kepada Harry sambil disaksikan Adam (dua kanan) dan Ting (empat kanan) di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia