Utusan Borneo (Sabah)

JIM Sarawak tidak berkomprom­i dalam penguatkua­saan kekang kemasukan PTI

-

KUCHING: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak tidak akan berkomprom­i dalam melaksanak­an tugas penguatkua­saan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PTI) daripada terus memasuki negeri ini.

Malah, Pengarahny­a Ken Leben turut menegaskan bahawa pihaknya tidak memberi muka kepada manamana pihak serta majikan yang berkomplot dalam mengambil pekerja asing tanpa permit yang sah serta melindungi PTI.

Justeru, antara inisiatif yang dijalankan JIM Sarawak adalah melancarka­n Ops Ikrar yang melibatkan Ops Jaja, Minyak dan Kutip, di mana operasi berkenaan yang dijalankan dua hari berturuttu­rut pada 1 dan 2 Disember lalu telah menahan 14 PTI.

Pada hari pertama operasi, penahanan dilakukan ke atas tiga lelaki warga Indonesia dan seorang warga Bangladesh atas pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan diri yang sah serta tinggal secara melebihi masa daripada tempoh sah laku pas lawatan sosial yang diberikan.

Manakala pada operasi hari kedua yang dijalankan di sekitar Terminal Bas Serian, seramai 10 PTI yang kesemuanya lelaki warga Indonesia ditahan.

Lima daripada PTI itu disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukak­an sebarang dokumen perjalanan yang sah sementara empat lagi ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) akta yang sama kerana tinggal lebih masa.

Seorang lagi yang ditahan pula didapati memiliki dokumen perjalanan yang diragui ketulenan endosmen.

“Kami (imigresen) akan terus memburu PTI walau di mana jua mereka berada dan semua pegawai serta anggota kami akan terus diperkasak­an dan penuh komited untuk memastikan Sarawak bebas daripada PTI,” katanya.

Secara statistik dalam operasi tersebut, seramai 254 individu telah diperiksa yang terdiri daripada 151 warga tempatan, 102 Indonesia, lima Bangladesh, seorang Pakistan, empat Filipina dan seorang Belanda.

Kesemua 14 PTI yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Semuja untuk siasatan lanjut.

 ??  ?? KEN Leben memberi taklimat dan amanat kepada pegawai penguat kuasa sebelum operasi dijalankan.
KEN Leben memberi taklimat dan amanat kepada pegawai penguat kuasa sebelum operasi dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia