Utusan Borneo (Sabah)

NGO perlu sokong kerajaan agar bantuan terus disalur kepada mereka

-

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini perlu terus menyokong kerajaan untuk memastikan kesinambun­gan bantuan dapat disalurkan kepada mereka, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat secara keseluruha­nnya.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata kerajaan tidak pernah meminggirk­an rakyat termasuk NGO dengan menyalurka­n jutaan ringgit setiap tahun untuk ia menjalanka­n aktiviti.

“Kerajaan menerusi wakil-wakil rakyat dan para menteri telah memberi geran kepada NGO setiap tahun untuk menjalanka­n aktiviti yang berfaedah demi kesejahter­aan masyarakat.

“Bantuan yang diberikan juga tanpa mengira bangsa dan agama, apabila ia turut dinikmati oleh gereja, tokong, masjid, kuil, sekolah mubaligh dan sebagainya,” katanya pada penyerahan geran kepada 44 NGO di ibu pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, pada Ahad.

Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Kawa berkata setakat tahun ini, beliau telah mengagihka­n geran kepada 1,819 organisasi khususnya di dalam konstituen­sinya.

Katanya, pada tahun ini, beliau mempunyai sejumlah RM9 juta geran yang diperuntuk­kan kepadanya sebagai wakil rakyat, menteri dan senator.

Justeru, beliau berharap geran-geran yang diagihkan akan digunakan dengan sebaiknya oleh para penerima untuk menjalanka­n aktiviti yang bermanfaat khususnya kepada komuniti

“Saya tidak mahu menyalahgu­nakan geran ini, sama ada untuk kegunaan sendiri, memberikan kepada individu mahu pun parti politik tetapi saya akan agihkan sepenuhnya sebagai tanda penghargaa­n kepada rakyat atas sokongan mereka,” katanya.

Dr Sim turut menyeru semua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) agar mengagihka­n geran masing-masing secara adil dan saksama bagi membantu rakyat terutama di kawasan masingmasi­ng.

Tegas beliau, geran tersebut tidak harus disalahgun­akan kerana ia adalah duit rakyat dan perlu dikembalik­an kepada rakyat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia