Utusan Borneo (Sabah)

Isu Pulau Galau, Pemakai Menoa perlu diselesai dengan segera

-

SIBU: Isu Pulau Galau dan Pemakai Menoa perlu diselesaik­an dengan segera agar rakyat membuat tuntutan terhadap isu itu berasa terbela oleh kerajaan masa ini.

Timbalan Menteri Pembanguna­n Luar Bandar dan Wilayah merangkap Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)Datuk Alexander Nanta Linggi mengingatk­an bahawa isu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) adalah isu amat dekat di hati rakyat.

“Sebagai seorang wakil rakyat kalangan kaum Bumiputera, saya juga rasa terpanggil dan bertanggun­gjawab menyuaraka­n apa yang menjadi masalah dan disuarakan oleh rakyat peringkat akar umbi berkaitan Pulau Galau dan Pemakai Menoa.

“Jika ia tidak diselesaik­an dengan baik bukan sahaja merugikan atau mengecewak­an pihak menuntut tanah tersebut, malah boleh menjejaska­n serba sedikit sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau yang juga ketua penyelaras Zon 8 berkata demikian pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan CawanganCa­wangan PBB Zon 8 Pakan, Meluan, Ngemah, Machan, Tamin, Pelagus, Katibas, Bukit Goram dan Baleh di sini, pada Ahad.

Perasmian majlis itu disempurna­kan Ketua Menteri merangkap Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Justeru, beliau menyeru pemimpin peringkat tertinggi supaya memberi perhatian khusus terhadap isu tuntutan Pulau Galau dan Pemakai Menoa di negeri ini bagi meningkatk­an keyakinan rakyat terhadap kerajaan BN.

Beliau turut menyokong Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dipilih mengetuai usaha mencari jalan penyelesai­an isu itu termasuk meminda undangunda­ngnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia