Utusan Borneo (Sabah)

TN50 angkat martabat orang muda

Jadi benteng kekuatan, isi kepimpinan masa depan

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

SIPITANG: Transforma­si Nasional 2050 (TN50) mengangkat martabat orang muda menjadi benteng pertahanan dan kekuatan negara pada masa hadapan, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Ahmad.

Beliau berkata gagasan TN50 adalah kesinambun­gan kepada Wawasan 2020 untuk meletakkan Malaysia sebagai negara maju berpendapa­tan tinggi, sekali gus mengangkat generasi masa itu ke satu tahap yang berdaya saing.

“Sebab itu, kerajaan mendapatka­n pandangan orang muda menerusi dialog TN50 untuk menentukan bagaimana rupa wajah negara kita pada masa depan,” katanya berucap pada majlis meraikan kontinjen Sukan Sabah (Saga) Sipitang di Dewan Masyarakat Sipitang, di sini pada Ahad.

Lebih 200 atlet dan pegawai Saga Sipitang diraikan pada majlis itu. Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sindumin Datuk Ahmad Bujang dan Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah, selaku chef-demission.

Pada majlis sama, diadakan penyampaia­n sumbangan dan tajaan bagi kontinjen Saga Sipitang daripada syarikat korporat dan individu, yang keseluruha­nnya berjumlah RM65,500.

Kontinjen Saga Sipitang yang akan berangkat pada 7 Disember ini, bersaing dalam 10 acara, dengan menyasarka­n sekurang-kurangnya tiga emas.

Sapawi turut mengumumka­n insentif RM10,000kepadap­asukandan RM3,000 bagi individu yang memenangi emas, manakala Ahmad menyediaka­n insentif RM5,000 untuk pasukan dan RM1,000 bagi individu meraih emas.

Sapawi yang juga pengarah Yayasan Sabah berkata menjelang tahun 2050, Sabah dan khususnya daerah Sipitang akan turut menyaksika­n pembanguna­n pesat yang memanfaatk­an rakyat keseluruha­nnya.

Katanya, pada masa itu, projek Lebuhraya Pan-Borneo sudah siap

seorang penyumbang menyampaik­an tajaan kepada urusetia Saga Sipitang sambil diperhatik­an oleh Sapawi.

sepenuhnya, manakala kawasan perindustr­ian minyak dan gas Sipitang (Sogip) juga beroperasi dengan menyediaka­n peluang pekerjaan yang luas.

“Justeru, orang muda pada hari ini sebagai benteng kekuatan negara pada 2050 harus menyediaka­n diri bagi menggalas tanggungja­wab besar nanti,” katanya.

 ??  ?? SALAH
SALAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia