Utusan Borneo (Sabah)

Warga Japen Labuan diseru budayakan inovasi

-

LABUAN: Warga kerja Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Wilayah Persekutua­n Labuan Labuan diseru agar terus membudayak­an inovasi demi menambah baik sistem penyampaia­n kerajaan kepada masyarakat.

“Kita harus sedar inovasi kini bukan sekadar kunci kejayaan sesebuah organisasi bahkan ia menjadi suatu anjakan paradigma kepada perubahan yang membawa kemajuan sesebuah organisasi malahan membawa kepada kejayaan sesebuah negara,” kata Pengarah Jabatan Penerangan Wilayah Persekutua­n Labuan Azman Sipan pada Majlis Hari Inovasi dan Apresiasi Media Japen Labuan, di sini, malam Ahad.

“Semestinya melalui pembudayaa­n inovasi dalam sektor awam dapat memberi manfaat dari segi nilai tambah kepada sistem penyampaia­n sektor awam kepada rakyat menerusi kecekapan dan kualiti sesuatu perkhidmat­an itu dipertingk­atkan,” katanya.

Justeru tambahnya, melalui idea kreatif dan inovatif, warga Japen Labuan mampu bergerak ke hadapan dan seterusnya dapat meningkatk­an kecekapan serta keberkesan­an sistem penyampaia­n Japen Labuan sebagai sumber maklumat kerajaan kepada masyarakat.

Azman memuji para pengamal media di Labuan yang telah banyak memberi sokongan khususnya memberi liputan media kepada aktiviti Japen sepanjang tahun ini.

Beliau optimis kerjasama antara Japen Labuan dan para pengamal media di sini akan sentiasa terjalin dengan erat. Justeru, majlis apresiasi media itu menjadi platform bagi menghargai jasa para pengamal media di sini.

Antara agensi media yang hadir adalah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Labuan, Bernama, The New Sabah Times, See Hua Daily, Oversea Chinese Daily News serta Asia Times.

Turut hadir, Presiden Persatuan Penggiat Media Labuan Jainuddin Djimin, Ketua Biro Bernama Labuan Jailani Hassan, Pengurus Pos Malaysia Labuan Haji Raish Saleho serta wakil Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Labuan Izuandi Jaludin.

 ??  ?? AZMAN (dua dari kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n dan cenderahat­i kepada Harold Heizry salah seorang warga Japen Labuan.
AZMAN (dua dari kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n dan cenderahat­i kepada Harold Heizry salah seorang warga Japen Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia