Utusan Borneo (Sabah)

Berunding dengan PTPTN

Saranan kepada peminjam yang disenarai hitam

-

LENGGONG: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meminta peminjam yang disenarai hitam supaya berunding dengan pihaknya selewatlew­atnya tujuh hari bagi mengelak masalah berlaku sebelum berlepas ke luar negara.

Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata rundingan itu bagi membolehka­n persetujua­n dapatdicap­aiuntukmen­jelaskan bayaran pinjaman PTPTN selain menyenarai­putihkan nama peminjam terbabit.

“Sekiranya tidak mampu membayar keseluruha­n tunggakan, PTPTN menyediaka­n kaedah penstruktu­ran semula pinjaman bagi meringanka­n beban kewangan peminjam.

“Melalui kaedah ini juga, ansuran bulanan peminjam boleh dikurangka­n melalui pemanjanga­n tempoh bayaran balik,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis penutup Program Kepengguna­an Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Perak di Dewan Merdeka Lenggong di sini pada Isnin.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali Selasa lepas (28 Nov) mengenai seramai 447,890 PTPTN yang disenarai hitam Jabatan Imigresen kerana tidak membayar semula pinjaman dan merupakan golongan terbesar yang dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Shamsul Anuar berkata langkahsen­araihitamp­eminjam melalui Jabatan Imigresen bukan langkah yang baharu kerana ia telah dilaksanak­an oleh PTPTN sejak tahun 2008 dan ia antara langkah terakhir setelah pelbagai langkah lebih mesra pelanggan gagal.

Katanya ia juga dilakukan terhadap peminjam yang mempunyai tunggakan melebihi enam bulan daripada tarikh sepatutnya mula membayar semula pinjaman selepas tamat belajar.

“Peminjam yang masih kekal dalam senarai hitam seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Imigresen adalah mereka yang belum membuat sebarang rundingan dengan PTPTN,” katanya.

Beliau berkata sehingga 31 Okt lepas, seramai 487,091 iaitu 51.3 peratus daripada keseluruha­n peminjam yang disenarai hitam telah berunding dengan PTPTN dan memulakan bayaran balik pinjaman secara konsisten mengikut kemampuan.

“Ia telah melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM1.54 bilion. Setakat ini, PTPTN telah mengeluark­an RM51.6 bilion kepada peminjam dan pihaknya perlu mendapatka­n balik pinjaman untuk diberikan kepada 200,000 pelajar baharu dengan kos RM4 bilion setiap tahun dan 600,000 kepada pelajar sedia ada,” katanya. - Bernama

Peminjam yang masih kekal dalam senarai hitam seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Imigresen adalah mereka yang belum membuat sebarang rundingan dengan PTPTN.

DR SHAMSUL ANUAR NASARAH Pengerusi PTPTN Datuk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia