Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 21,000 pesakit kronik, buah pinggang menunggu penderma organ

-

KUALALUMPU­R:Terdapat seramai 21,778 pesakit kronik dan mengalami kegagalan organ tahap akhir, berada dalam senarai menunggu derma organ kebangsaan sehingga 31 Okt lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri S. Subramania­m berkata daripada jumlah itu sebahagian besar adalah pesakit buah pinggang, melibatkan 21,759 orang manakala yang lain adalah lapan orang pesakit hepar, empat orang pesakit jantung, tiga orang pesakit paru-paru dan empat orang memerlukan kedua-dua jantung dan paru-paru.

“Bilangan pengikrar derma organ selepas kematian yang mendaftar sehingga 31 Okt pula adalah seramai 401,242 orang

“Walaupun bilangan pengikrar derma organ semakin meningkat, ia mewakili hanya 1.3 peratus daripada jumlah keseluruha­n rakyat Malaysia pada ketika ini,” katanya semasa sesi soal jawab pada persidanga­n Dewan Negara di sini pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Chandra Mohan S.Tambirajah yang ingin tahu berapa jumlah pesakit kronik dan jumlah penderma yang telah mendaftar di Pusat Sumber Transplan Nasional.

Subramania­m berkata pelbagai usaha dalam memperting­katkan bilangan penderma organ telah dibuat sejak kementeria­n itu memperkena­lkan Pelan Strategik Kempen Kesedaran Pendermaan Organ 2012.

Beliau berkata antaranya ialah menyasarka­n golongan muda sebagai sasaran utama bagi memastikan pendermaan dalam jangka masa panjang selain usaha berterusan menangani persepsi yang kurang tepat dalam kalangan masyarakat dari aspek agama dan budaya berhubung salah faham pendermaan organ selepas kematian. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia